In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Friday, June 24, 2016

festival ramadhan putrajaya 2016

assalamualaikum w.b.t.
dear diary

saja nak share pasal festival ramadhan putrajaya 2016 yang tengah berlangsung dekat presint 3, putrajaya.

sya first time pergi sana kelmarin. tu pon kebetulan, bukak facebook ternampak update dari facebook page Perbadanan Putrajaya, so sya pon ajak Z pergi sana.

so apa yang tengah ada sekarang sempena festival ramadhan putrajaya 2016 ni?

-----

first, laman iftar dekat dataran putrajaya.
ni rasa nya ramai tau kot. sebab banyak updates kat facebook kan.
serious memang ramai.
tapi seronok.


ni kalau ada mak abah sya ni, confirm dorang excited betul.
parents sya suka aktiviti camni.
lagi-lagi abah sya.
lepas tu habit abah sya, orang belakang, kiri kanan, semua dia nak tegur.
confirm!
hahahahahahahaha


fullhouse.

sya cakap kat Z, bila tengok ramai-ramai kumpul kan, mesti rasa macam something.
macam tak tau nak describe feeling tu.
senang cerita, "bersyukur malaysia masih aman"
hehehehe.
nope. bukan sarcasm taw. serious. alhamdulillah..
sya cakap kat Z, suka tengok ramai-ramai kumpul
rasa macam aman damai je..
ngeeee


yang ni favourite.

foodtruck!
hehehehehehe


foodtruck ada sepanjang jalan tu taw.
so jangan risau kalau tak bawak makanan, beli je pstu bersila kat dataran tu.

pastu jangan tamak.
beli sikit dulu, makan, rasa tak cukup, bangun beli lagi.
food truck ni betul-betul depan dataran tu.

-----

second, jualan gudang the store dekat auditorium cempaka sari (perbadanan putrajaya)
jualan gudang nih sampai 3 july 2016.
buka dari 10 pagi sampai 11 malam.


tau je la the store kalau buat sale, memang murah kan.


tapi best lagi kalau pergi the store sendiri kot.
sebab sini macam limited sikit.
sya sempat la memborong undergarments sebab skiva pon ada sale.
tapi takde la sale sangat. tapi ok la. dari bersesak kat sogo tu.
(tetiba petik sogo. hahahaha)


skincare products, toiletries pon ada yang tengah sale.


jangan tanya dalam shopping basket kitorang ada apa.
hahahahahahahahaha

lepas tu ada barang-barang macam set cadar la, bantal la, comforter la, toto la, etc.
yang tu kitorang tak tengok pon.

-----

third, jualan raya home ekspo putrajaya 2016.
yang ni sampai ahad ni je (26 june 2016).
dekat dalam dewan seri siantan putrajaya.
ekspo ni bukak dari pukul 11 pagi sampai 10 malam.


ostrich tu asal comel naw.
hahahahahaha
selekeh.

best ke? murah ke?
nanti ada masa sya review yang ni.

-----

and finally, yang paling syok sekali - ekspo aidilfitri dekat booth/khemah sepanjang jalan tuu!
hahahahahahhaa

sya suka bukan apa tau, sebab dia macam tersusun.
pastu tak se-crowded macam jalan tar dan sewaktu dengannya.
tak crowded makna nya takdela bergeseran dengan berlainan jantina.
tetiba.

tapi serious taw.
sya tak suka ada satu species lelaki ni, kalau terlanggar ke apa, instead of apology, dia pergi buat muka macam jijik sambil tepis-tepis baju or mana-mana part kat badan dia yang terlanggar kita tu.
ala.. macam tak tau la kot coverline ke..
or that's their way of showing memang dorang takde intention nak terlanggar kita ke apa ke,
but seriously, hanattt je rasa!
sya tak suka betul!
mula la sebakul kejian sya dedicate kat species ni.
tapi dalam hati je la.
huhu
cuba ikut cara gentleman yang kalau terlanggar kita ke apa, sama-sama cakap "eh, sorry awak" or "maaf en/cik/puan" or paling simple, soooo malaysian - cakap "sorry sorry"
terluah perasaan pulak!
adoiii
hahahahahha

tapi species ni dah lama tak jumpa dah.
alhamdulillah..
dah pupus agak nya..

**ok sambung balik**
kat sini tak crowded sangat maybe sebab awal lagi kot.
or maybe sebab bukan weekend.
kalau dari segi harga and pilihan, rasanya jalan tar lagi banyak and lagi murah.
tapi setakat beza 10 hengget, dapat bershopping dengan aman damai sambil tolak stroller anak, baik la shopping sini je kan..
hehehe
unless kalau apa yang kita nak tu takde, then boleh la serang jalan tar or geng2 crowded yang lain.
hehehehehehe


gambar dari facebook perbadanan putrajaya.

so far kat sini kitorang dah beli jubah kurta, kasut, baju, tudung, eh macam-macam la.
harga pon ok.
pendek kata best la.
senang nak shopping satu family.

-----

so jom la korang!

siapa nak pergi nanti update sya.
kita jumpa di sanaaaaaaa
ecewah.

ok bye (dato aliff syukri)



2 comments:

  1. best gak berbuka mcm ni..
    heee food truck tu yg menairk..byk plhn..

    bab sale tu, kena ajak yg kaki shopping n pandai banding hrga. hahaha

    ReplyDelete