In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Tuesday, January 31, 2017

pengunjung mati dibaham harimau di zoo china

assalamualaikum w.b.t.


dear diary

traumatized pagi-pagi sebab tertengok video pasal sorang laki kena baham harimau kat zoo wilayah ningbo, china.


punca nya bila mangsa, zhang, dengan family dia and kawan dia pergi zoo.
anak-anak and wife dia elok masuk beli ticket.
yang zhang dengan member dia ni boleh pulak avoid nak bayar ticket punya pasal,  panjat tembok nak masuk zoo.

dah panjat, end up dalam tempat harimau.
tak tau la salah landing ke, kot tak tau peta dalam zoo tu ke apa kan, ke dorang ingat harimau kat zoo nih jinak ke, tak tau la..
kawan dia yang sama-sama panjat tu tak turun lagi. zhang ni yang turun dulu.
sadis pulak bila baca kronologi cerita nih.

 dalam video tu boleh dengar la orang jerit-jerit semua.
sya paling ngeri part bila lelaki tu macam tepis-tepis harimau tu tapi time tu dia pon dah tak larat dah pasal kena serang ngan sekor harimau. ada lagi dua ekor tengah keliling dia.

pastu dalam video tu boleh dengar bunyi mercun tak silap, team zoo tu baling sebab nak halau harimau-harimau tu tapi tak berjaya.

dah la benda ni jadi depan semua pengunjung zoo.
semua pakat keluar hp record. 

adoii. sya ngeri betul benda-benda camni.
tak habis lagi ngeri ni. rasa nak muntah.

ni kalau sya gitau Z ni confirm kena membebel sebab tengok video-video camni.
selalu kalau rumah Z tapis dulu. sebab bukan apa, sya ni species suka terbawak-bawak lepas tengok.

ada la yang tak jejak zoo dah lepas ni. baru haritu sembang-sembang pasal zoo. uwaaaa

kes ni dapat kecaman ramai pihak sebab ramai yang blame lelaki tu.
seekor harimau tu pulak kena tembak mati.
ramai yang cakap macam tak patut bunuh harimau tu sebab bukan salah harimau tu.
dah memang nature harimau kan..
ntah la..

siapa berani tengok la..



peninggg.. rasa nak muntah

bye.

Tuesday, January 24, 2017

Error WC-41274-8 Playstation Plus

assalamualaikum w.b.t.


apa maksud Error WC-41274-8 ?
apa nak buat kalau asyik dapat error message Error WC-41274-8?

first sekali, kena tau yang Error WC-41274-8 bermaksud dalam maklumat atau info yang kita masukkan tu ada simbol yang tidak disokong oleh sistem.

contoh nya, dalam data pasal alamat. kalau korang letak "/" atau "@" atau simbol-simbol lain, sistem akan reject so dapat la error code ni.

penyelesaian paling senang, jangan guna simbol.
guna huruf alphabet dan nombor sahaja. Tapi, kitorang dah cuba, kalau alamat rumah korang ada palang/strok ke, ( / ) , korang boleh try guna simbol dash " - "

ada beberapa simbol-simbol lain sebenarnya yang supported by sistem, boleh try and error.

harap dapat membantu gamers sekalian.



ok bye (dato aliff syukri)

Monday, January 23, 2017

Senarai penuh pemenang Anugerah Juara Lagu AJL 31

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

dah breakfast? sya sebenarnya takde mood nak kerja harini. Nak balik rumaaaaaaaaahhh
uwaaa
ok, takpe. nanti kita fikir camne nak balik ke tak. hahaha

nak sembang pasal AJLke-31.
sya macam biasa la.. pertandingan nyanyi2 ni kalau tengok selalu nya sya bertahan dalam 3-4 lagu je. lepas tu confirm hanyut.


tapi untuk juara lagu kalini sya dah semangat. nak tengok sampai habis.
so semalam, sya berjaya tengok sampai persembahan Hang Pi Mana.
lepas tu, hanyuttttt...
tak berjaya jugak nak tahan mata. sabaw je la..

so yang tolong tengokkan was Z. sebab sya dah pesan, nanti gitau siapa menang.

so ni senarai pemenang setiap kategori untuk Anugerah Juara Lagu AJL31

Juara: Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
Naib Juara: Misha Omar & Hafiz Suip (Terimaku Seadanya)
Tempat Ketiga: Projector Band (Sudah Ku Tahu)

Vokal terbaik: Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
Persembahan Terbaik: Khalifah Hang Pi Mana

Sya sokong lagu Hang Pi Mana taw. ok la, dapat jugak persembahan terbaik.
Z sokong lagu lain pastu kalah. yeayyy!
bhahahahhahhahaha

tak boleh nak komen sebab semalam memang tak tengok habis.
tapi yang sya tau, suara hazama sedap,
baju fara fauzana kurenggg,
sarimah senget!
hahahahhahaha

ok, actually pagi ni sya tersangat la happpppyyyyy
nak balik rumah ke tak eh..
hiks




Friday, January 20, 2017

susu formula (fm): bila patut tukar dari step 1 (0-12 months) ke step 2 (6-12 months)

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

ni entry khas untuk mak-mak yang anak die minum formula milk.
tak kisah la fully fm ke, campor-campur dengan ebm ke, etc.

adam dia start minum fm masa hari first discharge. hehehe
masa tu tak pandai nak pump pe sume, so bagi dia formula milk dulu. masuk hari ke2 susu dah banyak. alhamdulillah.. so sya start fully breastfeed.
tapi tak lama. sampai adam 6 months+ je..

ok sambung**

adam minum enfalac a+ step one.
step 1 ni dari umur 0 bulan sampai la 12 months.

but then sya perasan jugak ada enfalac a+ step 2 yang warna pink tu.
untuk umur 6-12 bulan.

confused tak? hehehehe

oleh sebab adam ok je dengan susu enfalac a+ step 1, so sya continue je dengan step 1 tu sampai la adam 9 bulan macam tu.

masa pergi check up, berat adam boleh tahan..
bmi pon dah masuk kategori kuning weh. which means dah terlebih la. hahahahahaha

adam memang bambam pon. hehehehehehe


adam. 9 mo. dalam bakul diy. hiks.

picture ni masa 9 mo.
owh, sya memang suka botak kan adam.
sebab rasa syok licin.
syok kalau nak kiss.
bhahahahahahha

satu lagi sebab sya tak suka panas.
so bila botak ni sejuk sikit kepala.
so jangan terkejut kalau jumpa adam harini ada rambut,
tiba-tiba next week licin. hiks
nasib la daaaammmm...

ok, sambung balik.
so sya pon study la sikit pasal nutrient baby ni kan.
macam adam, sya perasan ada 2 punca kenapa berat dia naik.

first, sebab dia kurang makan (blame me! uwaaaaaa)
ni menyumbang kepada faktor kedua which is adam kuat betol minom susu.
yang ketiga, nurse kata sebab adam belum berjalan lagi. once dah berjalan nanti, dia akan lose weight la. ok yang ni kita tak boleh buat pape la kan..

so, solution dia, first - introduce dia pada variety of food (adam 9 bulan still sya gigih bagi puree buah jek. adoi)
second, tukar susu.

ok, bercakap pasal susu, lama jugak sya duduk kat aisle susu baca label satu-satu. tengok part gula la, nutrients lain, etc.
yet still enfalac a+ is the best. dari segi DHA dia, pastu ada la lain, sya pon tak ingat.

so sya rasa, maybe its time, to change from step 1 to step 2.

masa adam 10 bulan, adam start minum enfalac a+ step 2.
alhamdulillah. ok je dia.
actually adam semua susu dia bedal.
hahahahahahahhahahaha

ok, now adam dah setahun 2 bulan, 
dah tukar pada enfagrow step 3.
so far ok.

so berbalik pada soalan, patut ke tukar step 1 ke step 2. 
well, ada banyak pendapat..

first, kalau takde problem, anak serasi, then boleh maintain guna step 1 sampai setahun.
second, ada kurang, ada lebih dalam both step 1 and step 2.
sya baca articles, discussions kata step 2 ada lebih iron. tapi masa sya refer kat label tu, macam step 1 ada macam-macam lagi. like more DHA (balik2 DHA. hahahaha)
but maybe step 2 dia kurang kan certain tu sebab baby dah start makan solid food kot.
kan kan..

ok, tu je.
eh, membantu ke entry nih?
hehehehehhe

takde nak share experience sya and adam je.. kenapa sya tukar from step 1 ke step 2.

haritu check up setahun alhamdulillah. walaupon berat adam still kategori juara untuk umur dia, but alhamdulillah, bmi normal.
good job baby.
high5!

ok lah. tu je untuk harini


ok bye (dato aliff syukri)
















Monday, January 16, 2017

Salma johan keseluruhan 3 juara tv3. stress pulak kita.

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

siapa tengok konsert tiga 3 juara tv3 semalam?
sya sebenarnya tak ikut pon cerita ni tapi sebab kebetulan semalam duduk depan tv, takde cerita best, so layan je la. kebetulan pulak ada kawan-kawan yang dah start up status pasal konsert 3 juara nih (biasalah.. juri tak professional kan ramai.. termasuk la sya. hahahahahahha)

ok, so kisah nya 3 juara ni pertandingan menyanyi yang unik sikit sebab dia pertandingkan tiga kategori; balada, irama malaysia dengan rock.
untuk setiap kategori ni, kita dah ada juara pon. salma juara balada, azizul juara etnik kreatif / irama malaysia, kudien juara rock.
semalam dorang berentap nak tengok siapa johan untuk semua kategori.

honestly semua pon power pada sya.
sya dah predict yang salma menang,
tapi still frust jugak sebab mengharap kan kudin menang.



ni based on personal comment taw. lain orang lain selera ok.

salma ni dari awal sya tak berapa minat. punca nya, sya rasa suara dia macam cliche sangat. power suara dia, pitching tinggi, tapi ntah la..
suara salma ni macam kalau tengok program realiti menyanyi, macam akademi fantasia (af), mentor ke apa, confirm ada yang suara macam dia.

sya bayang kan dia ni macam shiha mentor tu taw.
tak tau la asal, tapi sya bayangkan salma ni nanti keluar buat satu lagu, meletop pastu senyap. tinggal keluar melodi la, ape la..
ada rezeki, nanti setahun dua lagi, keluar la satu lagi single, meletop kejap kat radio. maksud sya macam, eh ntah la.

kudien pulak pada sya macam fresh.
suara dia macam tak ramai, ntah la.
tak tau la kot ramai suara gitu tapi sya tak tau ke kan..
pasal sya pon bukan layan sangat lagu-lagu nih.

macam semalam, kudien ni persembahan dia macam kita tak boleh predict masa bila dia nak jerit, masa bila die nak rileks,
macam salma ngan azizul tu sya dah tau dah.
japgi mesti menjerit dua orang nih, tak pon japgi mesti dok melenggok-lenggok hujung-hujung sampai kesudah, etc.

paham ke?
tak paham takpe..
hehehe

tapi pape pon good luck la semua. moga banyak lagu best-best hasil dari dorang nih nanti.
mana la tau kot dorang ni meletop kawkaw sampai ke sudah ke kan..

ok lah, dah breakfast ke semua?
jangan lupa breakfast.
jom sambung buat kerja.


ok bye (dato aliff syukri)


remarks: patut la rasa salma ni familiar bebenor, rupanya dulu salma ni juara mentor musim ke-5.
gitu pulak kekdah nya.

throwback zaman mentor. urghhh. nanti masuk one in a million pulak kalau ada.



Friday, January 13, 2017

doa mintak tukar kerja atau pejabat

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

hari jumaat yang barakah ni, sya nak share sikit.
ni pon kawan sya yang share dengan sya.

doa mintak tukar tempat kerja / doa ditempatkan di tempat kerja yang sesuai dengan kita

doa ni boleh amalkan kalau ada yang tengah tunggu nak posting kat mana-mana, or yang ada problem kat tempat kerja ke.. boleh amal kan.
untuk yang pjj dengan suami / isteri / family and berharap dapat dekat, pon boleh amal kan jugak.
moga kita dapat benefit sama-sama.
insyaallah..



moga dimurahkan dan diberkati rezeki kita semua.
aamiin..


Thursday, January 12, 2017

petai jenama ayam brand

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini ingat nak cuti update blog sebab not feeling well la.
sobsob..

tapi nampak picture ni kat group tadi terus berkobar nak share dengan semua orang.

first time sya tau jenama ayam brand ada keluarkan petai dalam air garam.

boleh imagine petai dalam tin?
bila bukak je camna bau dia tu??
fuhhhhhhh

credit: fb Puan Norliza Nordin
sya tak makan petai. mak abah makan.
kat perak senang nak cari petai.

tapi ingat nak cari la. nak beli pastu standby kat rumah.
nanti kalau mak abah datang boleh tunjuk. mesti kagom.
bhahahahahhahaha

siapa pernah try?
jangan tanya pasal petai kat sya
sebab sya dengan petai memang tak boleh pegi.
tapi sapa makan petai sya support je.
boleh??
bhahahahahahahhahahahahahahhahaha


ok bye (dato aliff syukri)


Wednesday, January 11, 2017

pengalaman naik malindo air KUL-KBR

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

dah breakfast?
sya baru lepas makan roti canai 2 keping. hiks!

pagi ni saja nak share pasal experience naik malindo air masa pergi kota bharu haritu.
mesti ada yang kata, eleh, pegi kb pon sebok nak share kat blog. orang pergi merata tak kecoh pon.

ala.. biar la.. kita first time naik malindo air nih.
chill tau.
lap u. xoxo

ok, sambung**

sya first time beli ticket malindo nih, so terkial-kial sikit.
dengan tak choose seat nya.
masa dapat ticket tu, terkejut sya tengok sya dengan Z kemain jauh tercampak.
nangissss.

luckily, masa naik tu, banyak gila empty seats.

tadaaaaaaa


tempat kosong banyak. ada few seats je yang occupied.

so apa lagi, memang conquer la 3 seats.
puas hati!

seat dia pon luas as compared to air asia / mas.
lagipon dorang ni kira baru jugak, so cantik la pada sya.



si dobot adam ni macam biasa,
masa duduk je dia sebuk explore macam-macm.
screen tu kejap dia on kejap off. sabar je la..

kebetulan flight kitorang time subuh, so memang kat luar gelap je la..

bila flight departure je, both adam ngan Z berjemaah tidor.
sya pon tak paham dengan dua beranak nih.
asal naik flight je tidor.
tak sampai 5 minit pandang luar, settle dua-dua.
flight nak landing baru bangun.



since 2 baymax nih dah tidor, sya pon layan je la apa yang ada.
movie macam-macam ada tapi punya la bohsan.
kalau abah ada ni mesti layan movie tamil nih.
boleh la gang ngan bash! hahahahhhaaha


lastnya main je la game apa yang ada.
ni game paling senang. lain tu macam ntahpape je.

actually flight kul - kbr cuma dalam 50 mins camtu.
tapi since kitorang departure time subuh, sempat la tengok sunrise kat atas tu
cantik =)
alhamdulillah..

ok, nak share tu je.
insyaallah next time boleh try malindo air lagi.
staff cute (dia punya kain tuu, bhahahaha), seat pon selesa.
insyaallah kalau ada rezeki..


ok bye (dato aliff syukri)



Tuesday, January 10, 2017

FIFA Puskas Award: Congratulations Faiz Subri

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

tiga kali sya repeat tengok video FIFA Puskas Award 2016, part faiz subri punya speech tu. hehehehehe

so proud to see him on stage. go go faiz!

his speech is cute though. well, nervous kan.. kalau sya, mau tersipu je lebih. hahahahahahhaa


well done faiz subri ! yeayy.

siapa yang belum tengok, boleh tengok kat sini.


FIFA Puskas Award ni start since 2009.
nah sya gigih list kan senarai pemenang FIFA Puskas Award ni so that boleh nampak kenapa malaysian should be veryyy proud with faiz.


Year
Winner / Player
Team
2009
Cristiano Ronaldo
Manchester United
2010
Hamit Altıntop
Turkey
2011
Neymar
Santos
2012
Miroslav Stoch
Fenerbahçe
2013
Zlatan Ibrahimović
Sweden
2014
James Rodríguez
Colombia
2015
Wendell Lira
Goianésia
2016
Mohd Faiz Subri
Penang

sya tak tengok bola. tak pandai pon pasal bola.
tapi kagum jugak tengok bola si faiz ni melencong masuk goal macam style je.
bhahahahahahahhahaha

ok, jom sambung buat kerja.

tahniah again faiz subri !!!

ok bye (dato aliff syukri)



Monday, January 9, 2017

film Dangaal : memang epic lah !

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

siapa kat sini dah tengok cerita dangaal? angkat tangan !

sya baru tengok last friday. membuak-buak nak share kat blog. hehe



macam biasa la. sya pergi tengok dengan my lifetime partner, Z.
mula-mula nak ajak, sebok tanya, cerita apa nih? best ke?
sya cakap sya teringin..
ha, senang. cakap best karang dia kata tak best pulak.
cakap teringin, confirm dapat. bhahahahahahahaha



banyak sebab kenapa sya nak tengok cerita ni. first, sebab aamir khan.
second, sebab disney.
third, sebab based on true story
(dorang memang satu family wrestler sampai ke sepupu2 sekali)

honestly, tak tau kenapa lately sya bosan dengan cerita hindustan fantasi macam dilwale tu. walaupon suka shah rukh khan ngan kajol, tapi takleh blah la cerita tu !

ok, sambung balik.

cerita ni pasal aamir khan, bekas wrestler. dia tak dapat nak menang gold medal untuk india, so dia pasang impian untuk anak dia menang gold medal untuk india. tapi masalah nya, anak dia semua perempuan. 

ok, the rest tengok sendiri. tengok trailer pon dah taw jalan cerita dia.

orang pesan standby tissue masa tengok cerita nih. sya standby la.
tapi bukan sebab risau nangis, sebab memang tengah flu time tu.

tapi bila tengok cerita tu, memang nangis jugak la.

tau part mana?

part bila anak dia geeta phogat tu dah besar, anak dia juara peringkat negeri. so dia kena hantar training dengan national coach, sebelum ni kan train dengan bapak dia je. so jadi besar kepala sikit la. masa dia argue dengan bapak dia sebab dia cakap method ayah dia tak betul, method dia belajar dengan coach tu betul, dia siap fight dengan ayah dia.

part paling sedih pada sya..
time ni sya nangis. sebab teringat kat abah sendiri. kecik-kecik ayah ko ajar, dah besar ko dah belajar macam-macam, ko pandai nak melawan bapak ko. ok, tissue mana tissue. sorry abah.. =(

ok, kesimpulannya kena tengok cerita nih.
sya lepas tengok terus google semua matches geeta phogat and babita kumari.
walaupon scene dalam movie dangaal ni ditambah salt and pepper nak bagi sedap sikit (standard la movie kan), tapi serious puas hati. contoh macam dalam cerita ni coach tu digambarkan sebagai seorang yang ntahpape, tapi in real life tak taw.
jangan emo ngan coach dia pulak.
bhahahahahahaha.

movie wajib tengok !
 

ok bye (dato aliff syukri)


Friday, January 6, 2017

breast pump paling best

assalamualaikum w.b.t

dear diary

semalam hari paling penat.
punya la ramai kat bank. sebab tu tak update blog. huhu

the moment Z balik je, terus sya dengan excited nya bukak pintu
sambil cakap
"B, ada benda nak cerita. cepat-cepat. sambil tu picit kepala eh"

so sambil-sambil duduk depan tv tu, sya cerita la pasal bank yang ramai gila orang. tu je nak cetiya sebenarnya.
lepas tu sya bukak facebook, bukak group. ada kawan-kawan share.
breast pump baru. memang style la.
tapi tak sampai malaysia lagi. baru nak launch kat market.

sya bila nampak je, terus tunjuk kat Z dengan excited nya.

"B.. B.. look !"
Z buat muka tenang pasal dah boleh predict bini dia nak "membeli" lagi.



"ni breast pump baru. tak payah pegang. senang kan. tak payah pakai freemie tu."

"hmm.. style. beli lah."

"Harga dia dekat 2 ribu camtu B"

"Haaaaa??!!"

dia punya haaaa tuuu.
bhahahahahahahahahhaha

seriously, kalau tahun ni masuk Malaysia, sya nak beli.
kalau next year, tak payah. Adam dah 2 tahun pon.
yang kat rumah sampai dua breast pump tu nak buat ape? erk.

btw, sya share sebab tahu ramai mak-mak kat sini.
details pasal breast pump tu kat sini

please please please...
#wishlist2017


Wednesday, January 4, 2017

hukum share gambar scan ultrasound rahim / baby dalam perut

assalamualaikum w.b.t.

ADAKAH FOTO ULTRASOUND RAHIM ITU AURAT? 


SOALAN:

Salam. Selalunya wanita yang mengandung akan scan perut mereka untuk tengok keadaan bayi dikandung. Apakah hukum share gambar scan perut tersebut di media sosial?
Jika Allah menyuruh kita menutup aurat hatta bahagian kulit,inikan pula bila kita menyebarkan apa yang berada disebalik kulit kita terutamanya bahagian yang menjadi aurat. 

Jazakumullah Dr. 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami berpendapat hal demikian tidak elok dilakukan kerana bertentangan dengan asal maksud janin itu sendiri. Janin itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’ Justeru, tidak patut ditunjuk-tunjuk kepada orang melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan dan pengajaran. Dikhuatiri akan mengundang fitnah seperti aib dan sangkaan-sangkaan manusia. Walaubagaimanapun, gambar foto bukanlah seperti aurat fizikal yang haram dilihat secara langsung, melainkan membawa kepada syahwat dan fitnah. Begitu juga organ dalaman manusia seperti hati, jantung dan rahim bukanlah dalam kategori aurat kerana demikian bukanlah makna perhiasan berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Wallahua’lam.

----------------

sya saja share sebab teringat dulu zaman pregnant Adam, sya pon excited jugak. tapi sya share dengan family members je la. sebab sya memang jenis pemalu sikit. ecewah.



tengok picture ni teringat dulu-dulu.
paling stress kalau nak kutip barang jatuh.
bhahahahhahhahahahhaa

rindu pulak rasa kat si dobot adam tu. lambat lagi ke pukul 5. hiks

ok bye (dato aliff syukri)


Tuesday, January 3, 2017

tiap-tiap tahun renew azam! 2017 new resolutions

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

good morningggg.,
seminggu tak update blog nak settle kan appraisal. lega dah settle.
hehe

btw, happy new year ! yeay.

1st January - Anniversary Sya ngan Z. tak sangka banyak betul orang pasang bunga api nak celebrate anniversary kitorang. bhahahahahahahhahahaha
guro-guro. jangan emo. 2017 kot. chill-lah !
bhahahahahhahahaahhahaha

ok, first syukur sangat-sangat sebab dah berjaya survived sepanjang 2016. pheww.
bukan senang.
awal-awal tahun 2016 mencabar gila pada Sya.
but pape pon alhamdulillah. allahuakbar.
syukur sangat-sangat sebab surrounded by beautiful and loving people, families.
alhamdulillah.. syukur sebab ada Adam, Z, parents, parents in law, adik-beradik, akak-akak office yang awesome & senget-senget. hehe
alhamdulillah..

2016 taught me about limit in relationship.
2016 proved that even the clumsiest person can make a good mother too.
bhahahahahahahahhaha.
syian adam.. ok yang ni kena admit sebab awal-awal ada Adam dulu, sya memang clumsy + pelupa. perfect combination. uwaaa
alhamdulillah.. now dah ok. sometimes lupa tu biasa la. kan kan kan..

sooooooo, as for 2017, sya ada berderet items dalam wishlist.
moga tercapai azam sya. aamiin.

sya nak share simple 2017 resolutions kat blog.
sebab memang dah tradisi tiap-tiap tahun gitu kan.. hiks.

1. perform the obligations
- paling penting pada Allah s.w.t.
-  solat, mengaji, doa, jaga hati.

2. towards Z
- saya cuba jadik wife taat & mithali ok, and that include less menjawab, less emo, less membangkang, dan sewaktu dengannya. haha

3. ustaz adam
- sya dah patut start educate adam ni. sebab dia dah start absorb benda sekeliling lagi-lagi kalau apak dia @ Z punya aksi
- nak beli benda berfaedah kat adam

 4. parents
- both parents and parents in law.
nak serve / treat them better, insyaallah..

5. kerja
- avoid procrastinate
- ikhlas kan hati kalau kena appoint any task especially yang kategori added-value nih (hahahahhaa. ini kelakar)
- nak kemas bilik (yang ni baru harini nak buat)

6. financial
- prudent spending (susah nya ya allah..)
takpe, kita cuba. ngeee

7. diri sendiri
- last sekali untuk diri sendiri, sya ada few benda wajib buat in 2017. insyaallah.

 setiap item kat atas sebenarnya ada cabang / anak-anak dia.
tapi kita list kan yang penting je. karang taruk point kecik-kecik karang juling mata nak baca. hahaha

------------

last but not least, happy new year korang.
wishing you all the good things in 2017. yeay




xoxo