In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Tuesday, August 30, 2016

piko-piko backpack by sometime. final restock august 2016

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

sya pernah share dulu pasal my first piko-piko backpack.


harini sometime nak restock for the last time, lepas ni takde dah.

yang mana terlepas haritu, boleh beli lagi harini.

ada 9 colours to choose from.

pilih la warna yang berkenan. nak beli all sembilan warna pon boleh.
hahahahahahahha

sya berkenan tengok warna amber tu.
rasa macam nak beli je. tapi kalau beli ni, confirm Z bising.
bags kat rumah ada yang duduk dalam dust bag, tak pernah keluar tengok dunia lagi.
tapi macam naaak.

aaaaaaaaa... nak beli sorok-sorok?
dah sah-sah Z yang tolong collect kat post office nanti.
nak buat-buat macam orang lain punye? kita tolong belikan je?
logic ke?
aaaaa... dilema..



#sometimebag #pikopiko #perfectbucketbag


piko-piko final restock on 30 august, 11 am

sila-sila...

selamat bertempur.

ok bye (dato aliff syukri)


Monday, August 29, 2016

nah resipi kerabu maggie paling senang : kenapa baru tau kewujudan makanan nih?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

happy mondayyyyyyawningggg..

siapa pernah makan kerabu maggie?
sya tak pernah.
tak pernah tu takpe lagi, sya tak pernah tau pon wujud kerabu maggie ni ha..
hahahahhahahha

taw pon lepas ternampak post by kakak member sya.
merembes betul sya tengok "hasil" dia.
so sya nak share kat sini. kot ada yang tertinggal boat macam sya, boleh la kita kejar boat balik. huhuhu

resipi kerabu maggie ni ada macam-macam versi.
ni antara yang tersenang pada sya.

---------------------------------------------

kerabu maggie seafood @ kerabu mee siam

1. mee serda 4 bungkus
mee serda tomyam shrimp

2. sediakan bahan-bahan ni:
bawang putih 2 ulas - cincang halus 
tomato 2 biji - potong dadu 
daun ketumbar - hiris 
limau kasturi 1 biji - potong dua
cili api - potong nipis-nipis
carrot - potong dadu

Add caption

3. udang / sotong - celur sekejap dlm air mendidih campur garam
(tak payah lama sangat. agak-agak masak)

janggut mana janggutt????

4. rebus mee serda. toskan and masukkan perencah dan semua bahan kat atas kecuali limau.



5. gaul sebati, last sekali baru perah limau.

limau kalau terlebih-tak syok. huhu

6. settle. boleh makan.

ni versi banyak sangat udang ni. serabut pulak sya. hahahaha

credit : facebook page

---------------------------------------------

senang je kan?

honestly, sya suka samyang lagi.

hahahahhahahhahahahhaha

ok bye (dato aliff syukri)



Friday, August 26, 2016

the new mcdonalds burger syok, seriously TAK syok!

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

lately busy sangat. harini lagi busy. tapi nak update jugak.

pasal burger baru kat mcdonald's : burger syok.

dia punya gambar,  memang terbaik ah. sya shopping dengan Z and adam semalam. tak plan pon nak makan mcD. ingat nak stop makan mcD sebab lain macam sikit sekarang. hahahahahahaha. sekali ternampak pulak yang ni.



dalam gambar, sos kaler kuning. sya ingat macam rio. sya pon expect dia punya spicy macam rio gak. terus rasa nak try.

masa duduk tu, rasa cam, mesti syok nih. tengok la box dia. kartun lat. stylo nih. 

ada gamba cili pulak tu. gambar cili maknanya pedas la kan??



bila bukak, alahai, kecik jek. kira macam anak prosperity burger.
prosperity burger tu makpak nya, ni anak dia.


amende ginih? dia punya daging macam daging burger GCB tu, versi bahagi dua. means nipis + kecik.

sos kuning yang persis rio tu, turned out tak sama langsung macam sos rio.
masam. macam makan burger kat kedai siam.

sya dah la jenis makan laksa tak perah limau, makan mee goreng campak limau (tak suka masam), bila makan burger ni, rasa macam eeeeee.. tak tau nak explain.


yang ni sya saja share sebab mcD sekarang kalau bayar guna credit/debit card dapat free frozen coke nih. so sya dapat free tapi tak minum pon sebab memang tak suka. sakit hidung.

kesimpulan nya, burger syok mcdonalds seriously TAK syok.

ok bye (dato aliff syukri)




Tuesday, August 23, 2016

resipi jelatah timun paling senang and cepat

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

good morning.

esok rabu. yeayyy!!
(excited dengan besok. hehehhehehhehehehe)
tak sabar nak tunggu rabu nih.
hiks

ok, harini sya nak buat simple and quick update.

sya nak share resipi jelatah timun paling senang, cepat and berapi!
hahahahahaha
warning siap-siap.

bahan-bahan pon senang.
sesuai sangat untuk orang bujang / student pasal tak payah guna dapur gas pon.
and untuk para wife and mommeehhh yang super duper busy, than this one memang perfect ah. ecewah

----------

recipe jelatah timun.

bahan-bahan

timun (boleh tambah nenas kalau suka. sya tak suka)
bawang
cili
cuka
gula

cara-cara.

1. potong timun. 


2.potong bawang and cili. campur dalam satu bekas.
sya gila pedas. so sya guna cili padi.

tunjuk kat member gambar ni semua cakap "mak aihhh.. tak pedas ke?" hahahahahaha.


3. campurkan 1 sudu gula dengan 3 sudu cuka (boleh adjust ikut suka) kacau sampai gula larut.
kecik-kecik dulu sya stress betol kalau mak suruh buat keje nih. pasal lambat kot nak tunggu gula nih larut. hahahahhahhaha

cuka tamin RM 3.90. size besar boleh tahan 5 tahun nih. huhu

4. campurkan semua dalam satu bekas. gaul rata.


5. siap. boleh serve dah.
time ni tak berapa rajin. sya masak ayam masak merah jek. settle.

makan ngan nasik panas-panas. tarok kicap pedas sikit. syok woo. berapiiiii!
hahahahahahahhaa

ok bye (dato aliff syukri)




Monday, August 22, 2016

cara bayar ptptn guna kwsp

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

dekat facebook, sya suka baca pasal issue ptptn ni tapi sya tak pernah komen. termasuk la kalau ada kawan-kawan yang post @ share post pasal ptptn, sya rasa so far sya tak pernah comment lagi. sebab sya perasan, ptptn ni macam issue sensitip pada setengah orang.

dulu hot pasal nak mansuh kan ptptn. sampai budak-budak universiti sanggup tidur dalam khemah, berarak usung sepanduk, mintak ptptn dihapuskan. sya setuju part yang nak mintak free education, lower kan interest, tak payah ada tuition fees yadayada, but mansuh ptptn? habis budak-budak dari kampung, orang-orang susah, nak study macam mana??

teringat dulu masa sya study, perit kot awal-awal sem takde laptop. terpaksa buat muka tebal pergi semua lab computer, tumpang buat assignment. bila lecturers dah masuk @ class dah start, pindah lab lain pulak. kalau lab yang bukak malam-malam, terpaksa tebal muka tanya sorang-sorang "lama lagi tak? lepas ni saya ye"
(buat muka paling sweet. alhamdulillah... berjaya. hahahahahhaha. guro2..)

bila duit ptptn masuk je, first thing sya beli - laptop.
ya allah.. indah nya dunia ada laptop. terus dapat first class.
hahahhahaha
(malas nak cerita panjang. kita buat kesimpulan macam tu jek, boleh? hahahaha)

tu belum masuk dengan duit ptptn tu la bayar duit buku, buat belanja makan, bayar duit yuran kelab, buat belanja time outing, yang kena duduk luar tu jangan cerita la, sewa rumah, bills, etc. semua dari ptptn.

so sya suka ptptn.
sya sokong ptptn. sya rasa thankful ada ptptn.
sya tak suka orang tak bayar ptptn pastu nak melenting. patut nya tak bayar diam-diam, jangan cerita kat orang. ni tak, kat facebook bukan main lantang marah ptptn sebab amik duit dia. tak ke secara tak langsung kita announce pada dunia yang kita tak bayar hutang?

latest sya terbaca yang tak bayar ptptn sekarang dah tak kena listed dalam ccris lagi kan.
ok la tu..
mane taw pasni interest pulak dah takde.
kan kan..

ok, sya nak share cara-cara nak settlekan hutang ptptn guna kwsp.

sya copy dari nazri nasir. saja taknak edit. hehehehe

------------

Disini saya sharekan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk settle PTPTN ni. Moga bermanfaat :

1) Aktifkan i-akaun di kiosk KWSP 
2) Register i-akaun di laman web KWSP
3) Print Out Penyata terkini di kiosk KWSP
4) Pergi ke cawangan PTPTN dan 
5) Cakap nak settle hutang tertunggak pakai KWSP akaun 2.
6) Pegawai PTPTN akan uruskan pembayaran
7) Dalam 1-2 minggu KWSP akan call untuk pergi cawangan KWSP dan buat thumbprint.
8) KWSP akan uruskan selebihnya
9) Selepas dalam 1bulan hutang PTPTN akan settle.

credit to : nazri nasir

------------

ok, harap membantu.

akhir kata, terima lah serangkap dua kata dalam versi gambar.









ok bye (dato aliff syukri)


Friday, August 19, 2016

10 idea makanan potluck: nak bawa apa untuk potluck besok?

assalamualaikum w.b.t.


dear diary

ini semua kak anne punca.
nak buat potluck tapi tak bagi clear instruction nak bawak apa.

"bawak je apo nak"
apo tu gapo?
hahahhahahaha

so sya gigih fikir apa nak bawak.
since sya dah gigih tolong fikirkan, sya nak share kat sini idea untuk korang yang tengah serabut nak bawak apa untuk potluck kat office tu. lagi-lagi kalau office korang ramai yang suka makan and suka buat makan-makan.
takkan asyik nak bawak benda sama je kan?

meh sya share sikit.
(jangan tanya kuantiti nak bawak banyak mana, kita bukannya satu office. haha)

1. pasta

macam-macam jenis ada


fettuccine carbonara

spaghetti bolognese

fettuccine alfredo

spicy pasta, fried macaroni / macaroni goreng


spaghetti aglio olio

eh, macam-macam lagi la.


2. nasi

untuk nasi ni, sya share contoh-contoh nasi yang simple.
maksud nya yang tak complicated la.
contoh macam nasi tomato - ada nasi dengan tomato je.
hahahaha. guro-guro..


nasi tomato

nasi ayam

nasi lemak


3. mee / bihun / kuey teow / laksa

mee / bihun / kuey teow kari


 mee / bihun / kuey teow sup


mee / bihun / kuey teow goreng

laksa penang

laksa johor


4. pizza


call je. sampai la nanti.
hiks.


5. savoury dessert

samosa

mushroom / beef / chicken pie

mushroom / beef / chicken tart


6. sweet dessert

kek batik

cheesecake leleh


brownies

chocolate moist / cakes

cheese tart, chocolate tart, etc.

donut

jco donut... uwaaa....
bertahun tak makan. rindu nye.. sobsob

cupcake

teringat cerita cupcake wars. syok woo cerita tu. sya asik lap air liur je. hahahahahhaha


7. kuih-muih (tadi modern, ni traditional pulak)

macam-macam ado.

tepung talam

sekarang packaging comel-comel pon ada. senang. order jek. settle.


8. bubur

bubur pon ada sweet dengan savoury jugak kan. ikot la.. macam-macam bubur ada. kalau sya, sya suka bubur manis lagi. contoh macam bubur kacang, bubur jagung, bubur pulut hitam, pengat pisang, mcam-macam la

ni bubur sumsum

moi sup.
first time makan masa kat matriks changlun dulu. sedap.

9. puding, cocktail, agar-agar, lengkong

cocktail

agar-agar / puding

puding caramel

10. air


tak pon sponsor je air. confirm laku.
tak pon beli air kotak ke, susun cantik-cantik. confirm habis punya la.
hahahahaa

so nak bawak apa potluck esok?

sya bawak ni ha..
merangkap idea potluck ke-11



11. sandwich.

#sayaTAKjual
#sayaorderje

hahahahahahahahahahahahaha

so dah ada idea tak nak bawak apa masa potluck nanti?

disclaimer: picture from various sources in google image.

update : tak jadik bawak sandwhich. tukar plan last minute.
sya bawak ni pulak..


12. buah-buahan


manggis sekilo RM7
rambutan sekilo RM4

2kg manggis, 2 kg rambutan, sya beli kat pasar tani seri serdang pagi tadi.
settle..!

ok bye (dato aliff syukri)