In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Thursday, July 28, 2016

nak tambah satu lagi

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

pagi tadi masa masa breakfast roti canai garing 2 keping dengan janna nick.




"sya, kite rasa macam nak tambah satu lagi?"

"kann.. sedap kan"

"bukan roti canai la! baby"

"tambah baby?!"

"a'ah"

-------------------------------

usyyy
kembar janna nick ni memang buat hal la pagi nih.
nak menambah sorang lagi baby?
baby kitorang sebaya, lahir sama tahun, sama bulan, beza 3 hari je.

isk.. buat hal betul!
jangan haku yang terjebak sudaaaahhh.

**meremang bulu roma**


Wednesday, July 27, 2016

pelbagai fungsi baking soda yang mungkin ramai tak tahu

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

--------------------------------

Fungsi baking soda yang mungkin ramai tak tahu





Baking Soda selama ini guna untuk baking je. Rupanya pelbagai lagi kegunaannya.

1. Untuk memasak memang la ini tujuan utama kita beli benda tu pun kan.

2. Deodoran semulajadi
kalau ada sesapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya.

3. Menghilangkan kesan peluh, daki & minyak
Nak2 pulak baju sekolah anak2 atau uniform suami, berdaki & kotor, korang boleh rendam baju2 tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.

4. Gunakan sebagai pencuci mulut
Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala2 listerine tu la. Korang campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.

5. Skin exfoliator
tak reti aku nak translate jadi melayu. Kiranya macam skrub muka la. Buat tanggalkan kulit2 mati di wajah tu. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes. Pastu gosok2 la kat muka korang. Tenyeh2 sampai tercabut kulit muka mati atau kulit yang kusam tu.

6. Untuk mencuci sikat & berus rambut
Kadang2 korang perasan tak sikat korang tu dah berkerak2. Penuh dengan sel2 kulit kepala & kelemumur.. Takkan nak cungkil satu2 bilah sikai tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, pastu rendam la sikat2 & berus korang dalam air tu. Agak2 dah lama, bilas la dengan air biasa. Pasni sikat korang dah bersih dari daki2 tu semua.

7. Garam mandian (bath salt)
selain boleh guna sebagai skrub muka, baking soda pun boleh jadi skrub badan tau. Caranya sama cam buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kult badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pulak, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi tu.

8. Pemutih gigi
seminggu sekali masa nak gosok gigi, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi tu. Pastu gosok gigi cam biasa. Secara tak langsung boleh memutihkan gigi korang.

9. Pengganti mopiko - Tau ke apa mopiko tu?? Ubat untuk gigitan nyamuk tu. Kalau takde mopiko takpe. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek je kat tempat yang nyamuk gigit tu.

10. Merawat sunburn atau luka akibat pisu cukur, pun boleh guna kaedah mopiko tadi.

11. Membersihkan karpet
Kalau karpet korang kotor, payah2 sangat, taburkan baking soda tu kat karpet, pastu gunakan la vacuum untuk cuci karpet tu. Insya-allah semua kotoran akan hilang.

12. Sebagai syampu kering
Penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas tu blow rambut dengan hair dryer.

13. Hilangakan blackhead
Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh la kat tempat blackhead tu. Pasni takyah susah pakai pore pack yang memang kurang berkesan tu.. Hehehehe

14. Lembutkan daging
Ini memang petua dulu2 ni. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.

Sumber : Facebook

--------------------------------

perodua bezza : best ke? bezza ke samma je?

assalamualaikum w.b.t.


morning.

teringat haritu bersembang pasal perodua bezza.
the first ever sedan by perodua.

boleh tahan jugak. cantik.
lagipun perodua ni, pada sya bagus. yang penting malaysia punya brand. support kereta buatan malaysia ok. hehehe
sya baca komen-komen kat facebook, fuhh,
ramai eh anti kereta malaysia.
sya baca budak-budak study oversea bangga kalau nampak kereta malaysia atas jalan.
budak-budak study oversea la..

**sambung balik**

sya tak pandai pasal kereta. so i'm not in a position where sya boleh mengomen pasal perodua bezza ni.
yang sya tau ada 1.0L and 1.3L.
so 1.30L - road tax & insurans mahal daripada 1.0L.
ha boleh, gitu je pemahaman sya??
hahahahahahaha

ok, guro..
takmo cerita benda hardcore sangat, pasal engine la hape la.
pasal tu semua boleh check dekat website perodua.

jom tengok harga perodua bezza.

-------------
1.0 Standard G MT – RM37,300
1.0 Standard G AT – RM39,300
1.3 Premium X MT – RM42,800
1.3 Premium X AT – RM44,800
1.3 Advance AT – RM50,800
-------------

not bad kan. sesuai untuk golongan yang berpendapatan suam-suam kuku macam sya.

then jom tengok colour yang ada pulak.

ada 6 warna. sya share pictures dari website perodua, boleh kita cuci mata sama-sama.


ivory white


glittering silver


ebony black


lava red


ocean blue


sugar brown


sya suka colour gold. tapi colour gold takde pulak.
so, bye perodua bezza.
hahahhahahaha

saja je share pasal perodua bezza ni.
seronok tengok macam-macam kereta proton/perodua keluar kan.
moga makin success.
moga makin improve.

sya nak beli kereta ke?
hmm.. tak minat kereta sebenarnya. minat handbag lagi.
hahahahahahahahahahahaha

ok bye (dato aliff syukri)






Tuesday, July 26, 2016

fish & co. the mines

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini mengantuk terlampau.
nasib baik ada my savior - kopi tarik wonda!
dah la sedap, tarik dari belon pulak tu.

**ok sambung**

nak review sikit, supaya lepas ni bersemangat nak buat kerja.

nak share pasal fish & co, the mines.
sya pernah share sebelum ni pasal manhattan fish market (tak berapa syok tapi still pergi sebab dekat dengan rumah), then kak anne suggest fish & co.

ajak Z few times tapi tak ada rezeki nak try.
kadang-kadang teringat, tapi kat situ takde fish & co.
kadang-kadang tengah shopping, dah makan, ternampak pulak fish & co
adoii

luckily haritu masa kitorang jalan-jalan kat the mines, sekali Z cakap "makan the mines jom"
so jommmm la kite kan!

sya share pictures.

fish & co the mines


claiming to serve the best-fresh catches from the sea.
iyolahh..

blue mussels with garlic lemon butter sauce @ RM15.95

serve dengan roti-wajib-makan-on-the-spot-otherwise-mengeras-macam-batu.
this one dorang claimed as "award-winning dish"
kalau dorang tak mention award winning tu mungkin sya bagi 4 markah.
tapi sebab dah mention, untuk dish ni sya bagi 3 bintang.

sebab the word "award-winning" tu dah bagi satu expectation dalam kepala.
ingat tak dalam servqual model, benda paling basic, apa jadi kalau expectation tinggi.
iskk.. aku buat jugak tajuk thesis pasal ni kang.
tetiba. hahahhahaahahaha


ehem ehem.
no more mussels lepas ni.


mashed potato @ RM4.50

big portion.
ini untuk ustaz adam.
lupa nak request plain mashed potato.
satu hal pulak nak asingkan kuah bagai.

terpaksa order sebab time kita makan, satu suap masuk mulut, dia yang menganga lebih.
sabar je la..
tactic ustaz adam berjaya. uwaaaa
next time nak kena standby pisang dalam bag. huhu
**takde bintang sebab ustaz adam belum pandai bagi bintang lagi.


prawn fettuccini with chilli cream @ RM23.95

yang ni average. sya bagi 3 bintang.
tak fail, tak wow pon.
sama je kalau masak kat rumah.
cuma kat rumah malas masak fettuccini. nak cepat punya pasal, so selalu nya masak angel hair. hahahahahahaha


combo arctic @ RM34.95

sya chose arctic fish. set ni ada ikan, mix dengan grilled peri-peri chicken, lepas tu boleh pilih 2 side dishes. sya pilih nasi and coleslaw.
nasi tu wajib! hahahhahahahaha

sya bagi 5 bintang.
arctic fish is sedap. i is suka.
sya expect peri-peri chicken tu mesti macam kembang. rupanya tak. crispy kat luar, lagi-lagi part yang overgrilled tu. heh! dalam dia tender and juicy.
mula-mula nak order seabass, tapi macam cliche pulak. tak habis-habis dengan seabass.
sekali sekala keluar lah dari kepompong wahai syafinaz..
(use shaman's tone. bahahahhaha)


sedap nya nasik...
i kenot live without you. eh, i ken, but not syiok laa..
hahahahaha

not in the pictures : air.
sebab malas nak ambik air. karang Z pandang semacam.
ni sya ambik gambar pon dia dah buat muka macam "hek-e-eleh, makan pon nak snap picture??"
teringat harith iskandar dalam lawak ke der 1. hahahaha

so kalau ada sesiapa nak try. silakan..
sedap. insyaallah puas hati.

--------
fish & co. the mines
Lot No. LG-13, Lower Ground Floor.
Tel: 03 8011 4583
--------

ada branches lain contoh cam pavillion, one utama, ioi city mall, etc.

tu je nak share.

ok bye (dato aliff syukri)





Monday, July 25, 2016

d.o.w.n.

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

good morning.
ogim! (oh god, it's monday)

makan tak kenyang.
tidor tak lena.
mandi tak basah.
time gosok gigi pon teringat.
down nye rasa..


yup!
nothing haunts us like the things we didn't buy.

parah gini!
parah.
parah.

hmm.. bye.



Friday, July 22, 2016

idea handbag organizer

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

happy fri-yayyyyyyaaaawwwninggggg....

semalam dah cerita pasal makan. so harini kita cerita pasal benda lain.

siapa ada banyak handbag, or suka beli handbag, lepastu tak tau nak letak / susun macam mana?
nak bungkus simpan, takut rosak pulak. lepas tu kalau dah wrap balik mau sampai ke sudah tak pakai sebab lupa handbag tu wujud.
so macam mana nak kemas / susun handbag dengan cara yang kemas yet senang nak cari bila nak guna?

so harini kita cerita pasal handbag organizer ok.

ada macam-macam jenis.
sya share few kat sini.
malas nak explain banyak, kita tengok gambar.

Handbag stand.


jenis metal stand.
kalau sikit, ok, kalau banyak, macam serabut sikit kan..

jenis hook.

tahan ke?
wallahualam..


yang ni jimat + confirm tahan. hahahahaha



yang ni macam kat umah sya je. hahahahahhaa


macam best pulak tengok belt banyak-banyak tu. hahahahaha




yang ni style hang.
ada macam-macam jenis fabric. plastic pon ade.
kalau plastic murah sikit.
kalau yang plastic, harga tak sampai RM30 pon.


hang je kat dalam almari.
isk.. tapi almari sya pon penuh sekarang ni sebenarnya.
huhu


style cabinet / closet


display cabinet.
yang ni senang. kita nampak apa handbag yang kita ada.



glass cabinet macam ni kat ikea pon ada. murah lak tu.


style open shelve.
yang ni pon sya rasa tersusun, senang nak ambik.


senang kan. dari jauh dah tau handbag apa yang kita ada.


tapi kena rajin melawat la. kalau terbiar gitu je, lama-lama nanti berhabuk.


ni style macam kat kedai sebenarnya.
tapi takpe.. kita cuci mata buat inspiration. ecewahhh..


kemas je. silap-silap kalau nak buat garage sale pon senang. benda dah tersusun. tinggal nak lelong jek. hahahahahaha. merapu!


yang ni pon macam ok jugak kan.


almost semua handbag organizer kat atas sya jumpa sellers yang jual. tinggal nak pilih mana yang sesuai je.
honestly sya suka yang glass display tu. susun kemas-kemas. every bay letak satu ot dua bag je.
tapi Z tak minat glass cabinet, due to safety issue (takut adam main kat situ)
baru ingat nak beli kat ikea. so sekarang sya cuci-ciuci mata je dulu.

nanti baru beli. sekarang senang. online je.
lepastu banyak sellers dari china boleh ship barang direct ke malaysia.
sya tak tau asal, kadang-kadang sya rasa barang-barang dari china ni best and pelek-pelek.
barang yang macam tak terpikir. lepas tu murah kawkaw!
dari segi quality, kita kena study sikit.
yang penting, baca description betul-betul, and baca customers reviews.
both ok, baru proceed.

tu je for today.

ok bye (dato aliff syukri)

disclaimer : pictures from pinterest.


Thursday, July 21, 2016

nine chefs, ioi city mall putrajaya

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

**quick update**
(postpone nanti takut lupa)

sya selalu jugak search restaurant apa yang best and sedap
dalam ioi city mall.
kadang-kadang sya saja explore,
nak try restaurant yang tak pernah pergi sebelum ni.

so kalau ada yang tak pernah try or plan nak try nine chefs, harini sya share pasal restaurant nine chefs, ioi city mall putrajaya
(memang ada 9 orang chef ke? hahahahahaha)

kitorang pergi satu family, our little family. Z, adam, dengan sya. of course yang makan cuma kitorang berdua je. adam dia tengok kan je kitorang.

ok, nak share pictures.

(cari yang tersembunyi)
ustaz adam.
imam muda adam
pu adam
eh, sume lah. hahahahahaha


australian ribeye steak @ RM 47.90


steak ni memang kitorang request well done. jangan blame chef dorang pulak kalau steak tu nampak overcooked.
hahahahaha
rasa dia average je pada sya.


seafood tomyam fried rice @ RM18.90


nasi goreng tomyam dia sedap sebab spicy.
lepas tu sya memang febret kepala sotong.
lagi panjang janggut dia tu, lagi best.
hahahahahhahahahhaa
masa nasik ni sampai, sya dah nampak kepala-kepala sotong ni tergolek kat tepi nasik,
and i was like, "this is it!"
exaggerate. hahahahahahhaha
tapi honestly, nasik goreng ni lebih kurang je macam nasik goreng kita masak kat rumah. serious..!
(kata seorang perempuan yang kurang mahir ilmu memasak nya.)
hahahahahahaha



total makan berdua.
teringat dulu masa mula-mula government announce nak implement gst.
mati-mati sya ingat harga makin murah sebab gov tax and service tax tu dorangreplaced with one tax only which is gst. easier, telus, harga akan turun, yadayada.
ciss. tertipu rupanya.
mawar rashid sungguh!


ni details nine chefs restaurant.
kot nak buat gathering ke apa ke, boleh la contact dorang.
nine chefs restaurants ni dekat level atas, betul-betul depan johny rockets.
sebab dia macam kat luar sikit, nak jerit-jerit terkinja ke apa pun takde masalah kat restaurant ni.

ok bye (dato aliff syukri)



Monday, July 18, 2016

clutch purse : yang mana satu ni?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

last weeks sya keluar lunch dengan kembar janna nick.
lepas tu masa jumpa kat tempat parking, si kembar janna nick tegur
"sya, rajin nya bawak handbag"

sya cakap sebab bilik sya dekat pintu.
so malas nak tinggal kan handbag.
plus, sya ni careless. kalau bawak purse dengan phone, kebarangkalian salah satu ni tinggal sangat la tinggi.
so nak senang, usung handbag.

tapi kembar janna nick cakap "kalau kita, kita tak kuasa la bawak handbag2"
eeeee...saja je taw!

sya terfikir lama dah..
kalau macam pergi talk ke, keluar lunch ke, macam beria je bawak handbag kan.. kan..
tapi purse dengan phone kena bawak jugak. kan kan..
so sya nak beli clutch purse.
weekend haritu gigih la sya meng-google tips on how to choose a clutch purse. gigih!

harini sya share kat sini sebab sekarang ni sya tengah cari personal shopper yang boleh offer the best price untuk bakal clutch sya. 
cewahhh. hahahahaha

-----------------------------

1. consider body size

sebelum beli tu timbang berat dulu. kira bmi. tengok body shape, masuk category pear ke, hourglass ke, apple ke, etc.
over kan interpretation sya?
hahahahahahahaha

kurus tinggi
kategori ni macam semua pon masuk kan.

berisi.
bukan gemok eh. ni asal ada isik lebih sikit je kata gemok.
nyampah.

petite.
sya sakit mata tengok leopard print ni.
cantik tapi kena pandai.
salah style, nampak cam 20 tahun lagi tua pastu macam hidup takde hala tuju.
ah, merapu dah.
senang cerita sebelum beli leopard print, try dulu. ajak kawan-kawan yang mulut lahar, suruh dorang komen.
tapi kalau dah suka sangat pastu berpegang pada prinsip "who cares. hidup kalau asyik nak fikir orang lain je yadayada.." then pakai la..


2. consider your stuff
kena tengok apa barang nak letak dalam tu.
kalau handphone gedabak, duit berkepol, takkan nak beli clutch cinonet kan?
tu je la yang sya paham.
hoho


kalau gini baik letak toothbrush, darlie tak pon colgate sekali.
macam-macam..


3. pockets /compartments
sambungan dari atas, kalau banyak barang nak bawak, better beli clutch yang ada pockets, or several compartments.
nak cari kunci kereta pon senang.
kalau tak tu... paham-paham je la.. 
(nak imagine pon stress. gitu sekali stress nya kalau tak jumpa kunci kereta. hahahahahaha)

ni bagos nih.
boleh letak cards sekali. tersusun jek. kalau berterabur jugak memang parah la..


4. pick a quality material
nak yang tahan lama, cari yang berkualiti.
kalau nak pakai kejap-kejap, dah bosan nak campak, cari yang biasa-biasa je, kat pasar malam pon ok what. dulu kecik-kecik beli bag kecik kat pasar malam, sampai besar ni kalau carik balik kat umah kampong, rasanya boleh jumpa balik!

yang ni men clutch.
kemas je kan..


5. choose appropriate colour
cari colour semenggah sikit. tak payah nak colour blocking sangat kot.
ye ke? ntah betol ntah tidak pemahaman sya nih.
hahahahhaha
tapi kalau sya, sya cari yang category earth colour, boleh masuk dengan semua baju.

colour paling selamat selain dari colour hitam.
hehehehe


6. consider a clutch with a strap / handle
senang kalau ada tali / handle, takde la tercicir masa cedok lauk.
kalau tengah jalan-jalan tu, kadang-kadang kalau member buat lawak selekeh, kalau gelak beria takde la tercampak clutch tu.
kan kan
lepas tu nak pergi toilet pon senang.

yang ni biasa jumpa kan.. simple. kemas.

ring handle.
simple je kan. make sure yang jenis quality. 
kalau tak, tengah syok jalan sambil hayun-hayun, tercabot ring tu, terpelanting clutch.
tak ke haruuu... malu lagik.
isk

clutch with a handle.
gambar yang kanan ni kan, cara cate ni pegang clutch tu dah macam harry potter tengah pegang stick sambil cakap "alohomora"
kan kan..
ke sya je yang rasa cmtu?


7. versatile clutch
yang ni ikot orang la. definition "versatile" kita tak sama kan..
macam sya, clutch carlo rino dah kira versatile dah.
ada setengah orang carlo rino ni level celah kaki dia. lagi-lagi kalau dari sogo.
hahahahahahahahhaahha
ada setengah orang pulak versatile kena leather. ikot la.
bayar pakai duit sendiri kan..
ni karang ada la yang lurus bendul kata "sya pakai clutch carlo rino eh?"
ewahh.. ada jugak yang kena libas pakai clutch kang! haa....
hahahahahahaha

men clutch.
sya rasa macam nak beli men clutch je.
clutch perempuan kenapa banyak jenis yang tali dia macam flimsy eh?
tapi kalau beli men clutch karang Z ingat sya beli untuk dia pulak.
karang sampai-sampai tetiba Z cakap "thank you sayang sebab belikan clutch"
haa...tak ke terkujat-kujat kat situ??
haruu haruu..

-----------------------------

ok, tu je..

so sya tengah nak cari personal shopper yang boleh offer the best price.
ada few brands dalam kepala.
eh, of course sya cari yang murah-murah! (ko dah kenapeeee)
hahahaha

ok bye (dato aliff syukri)

disclaimer:pictures from pinterest