Assalamualaikum w.b.t.
Sya suka pusat zakat kat tempat Sya ni sebab selalu hantar reminder, share macam-macam info tentang zakat. Dulu masa bujang Sya ingat Sya tak payah zakat. Tingtongg betul. Huhu.
BTW, harini nak share tentang Ganjaran Perkhidmatan (Gratuity).
Tak payah pening kepala tekan kalkulator, check je kat sini berapa graduiti korang
http://www.jpapencen.gov.my/persaraan_wajib.html
yang baru kerja macam Sya ni, tak payah la kot kita sembang pasal berapa graduiti dapat. Hahahahhahahaha
OK, sambung balik.
duit yang dapat sedebuk tu wajib zakat tau. Jangan buat-buat macam terkecuali pulak. Hehe.
----------------------------------
Al-mal al-mustafad bermaksud, segala jenis pendapatan yang diperolehi hasil daripada pekerjaan, seperti upah, ganjaran, pemberian dan lain-lain pendapatan yang ada kaitan dengan pekerjaan. Maka, al-mal al-mustafad adalah harta yang wajib dizakatkan.
Manakala, wang graduiti atau pampasan adalah termasuk ke dalam wang yang diperolehi daripada hasil pekerjaan atau pendapatan. Maka, ia masih dikategorikan sebagai harta al mal al mustafad (hasil daripada pekerjaan). Alasannya, seandainya kita tidak berkerja sebelum ini, maka pastinya kita tidak akan memperolehi wang graduiti berkenaan. Maka ia hendaklah dizakatkan apabila mencukupi syarat-syaratnya.
Perkara ini ada dibincangkan oleh Dr Mujaini Tarimin di dalam kertas kerjanya bertajuk: ‘Zakat Al-Mal Al-Mustafad dan Isu-isu Kontemporari’ (kini dibukukan oleh Utusan Publications di bawah tajuk Zakat: Menuju Pengurusan Profesional). Dan beliau memasukkan wang graduiti tersebut sebagai salah satu item di dalam perbahasan pendapatan yang dikategorikan harta al-mal al-mustafad (yang tunduk kepada zakat). Kesimpulannya, wang graduiti adalah tunduk kepada zakat dan hendaklah dizakatkan.
Nisab 2019 : RM 13,490.00
----------------------------------
OK, nak share tu je dulu. Esok kita update lagi ok.
kalau sempat la.. huhu
ok,bye.
Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka”. Amin ya Rabb al-‘Alamin”.