In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Wednesday, October 24, 2018

Masak Bayam Brazil @ Brazilian Spinach

Assalamualaikum w.b.t.

nak share pasal sayur. pagi tadi masa sampai office, dari jauh nampak akak-akak tengah bersidang kat tepi mini garden library ni.

tadaaa


mak-mak sungguh lahaiiii aktiviti tu.
pagi-pagi dah meng-harvest hasil mini garden. hahaha.
rupanya tengah pakat ambik hasil pokok bayam brazil.

Sya first time tengok & dengar. mula-mula macam was-was jugak, betul ke boleh makan. sebab pokok dia cantik.
untuk meng-convince-kan diri sendiri, sya google pasal bayam brazil ni.
rupa-rupa nya macam-macam boleh masak. makan gitu buat ulam pon best orang cakap sebab sayur dia rangup crunchy gituu

Sya share some pictures and idea masak bayam brazil sya dapat dari group

1. sup bayam brazil


bayam brazil dengan suhun


sup sayur campur bayam brazil

2. gulai lemak bayam brazil

 ha.. gulai lemak ni memang sya punya forte la. bhahahahhahahahahahahha
angkat bakul. takde lah, sya suka gulai lemak. so selalu la masak.


gulai lemak bayam brazil dengan udang


gulai lemak bayam brazil dan labu

3. tumis bayam brazil


4. bayam brazil goreng belacan


5. bayam brazil goreng tepung

ha yang ni simple tapi mengancam


merembes tengok kan


uuuu dappppp nye...


ok, balik ni nak buat la.


nyesal pulak ambik banyak ni je tadi. adoii

takpe, kite try dulu. kalau paduuuu, esok kita petik lagi.
tak saba!

ok bye.



Tuesday, October 16, 2018

Resipi sauteed pea sprouts @ tumis pucuk kacang yang paling simple senang cepat dan sedap

assalamualaikum w.b.t.

harini nak share resipi senang gila. hahaha.
sebab ada yang tak familiar dengan pea sprouts ni, so sya nak share resipi pea sprouts yang senang sungguh la haaaaaii. kira kalau memang nak kejar masa malas nak masak renyah-renyah kat dapur, sila beli pea sprouts ni!
contohi lah saya.
hahahahhahahahaha

pea sprouts ni jenuh sya pikir apa nama melayu dia. rupanya pucuk kacang (translate gitu je ghupe nye. haha). boleh google camne rupa dia. 

ok, so ni dia resipi tumis / goreng pucuk kacang (sauteed pea sprouts)

1. panas kan 3-4 sudu minyak (minyak masak @ minyak olive)
2. masukkan bawang putih. halia, bawang (bawang optional. ikut selera korang la. sya kadang-kadang letak, kadang-kadang tak letak)
4. bile dah naik bau, masukkan sos tiram & pucuk kacang @ pea sprouts.
5. biar dalam 1 minit camtu sampai nampak daun dia layu sikit.
6. siap dah. dah boleh masuk mangkuk.

pea sprouts ni tak sedap kalau overcooked. so jangan goreng sampai layu sangat pulak.



ni masa mula-mula masuk dalam kuali.


ni dah boleh makan dah.



boleh la mix and match dengan pape lauk pon. time dalam gambar ni sya masak tomyam je.
nampak tak dia macam penyeri kat situ. cewahhhh.

pinggan mangkuk ni semua hadiah time kenduri kawen dulu. sampai sekarang guna. sapa la yang bagi haritu eh.. ngeee

ni contoh mix and match dengan lauk sambal ikan cencaru.
sambal ikan cencaru tu sebenarnya ter scroll ig tengok orang update makan sambal cencaru, dah sya pon terjebak sekali. huhu

ok, la. nak share tu je.
sya share recipe yang simple, cepat and confrm jadi je. kot la boleh benefit orang yang macam sya jugak. ngeeee

ok, makan pea sprouts ingat sya tau.
lebiu.

ok bye!

Monday, October 8, 2018

Unifi, Maxis Fiber buat promotion kaw kaw. Habis kita yang subscriber sedia ada ni macam mana?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

saja nak share apa jadi last week.

sya pernah update kat sini, pasal unifi vs maxis fibre. then sya decided utk subscribe maxis fibre. tiba-tiba last week kawan sya whatsaapp, promote TM unifi. kata nya ada promo gile-gile


TM Unifi

30 mbps - RM 79
100 mbps - RM 129

tersembur air kopi woiii
apahal murah ni?

tapi sya tak boleh easily lompat ke unifi. sebab maxis fibre sya tak cukup 2 tahun lagi.
since ada 24month-contract, kalau terminate, mau RM 600 - RM 700 gak penalty dia kan. ntah

so sya cool down dulu. takpe, kita study slow-slow.
sya pon tukar pada mode nerd, dah get ready nak study, buat kira-kira semua, bila sya bukak website maxis fibre...
hamikkkk !


maxis fibre 

30 mbps - RM 89
100 mbps - RM 129

what theeeeee....

korang tau tak berapa harga plan maxis fibre sebelum ni?


ni ha!

sya amik yang plan 30 mbps, sebulan RM 189 exclusive gst taw (merasa la kejap haritu takde gst)
RM 189 ! ni dia boleh buat promo selamberrr RM 89 tapi yang kita current subscriber ni lagi selamberr bayar dekat RM 200 bulan-bulan. apahal??
mak mendidihhhhh!

time ni tak fikir apa dah. 
teros whatsapp Z kata kita pegi maxis center balik ni. apa nak jadi, jadi la.
sya nak tukar yang harga baru ni.
kalau dia tak bagi, kita terminate maxis fibre!

gituuu. punya firm. hehe. Z pon on je la pasal dia taw bini dia tengah mode mendidih kot. kalau tak ikut kan, maw kemurungan. hahahaha

bila Z kata "OK", tetiba rasa lega sikit.
rasa macam, separuh dah settle.
so sya pon godek-godek website maxis fibre, baca FAQ semua, then terbaca yang ni:
----------------------
Can I upgrade/downgrade from my existing Maxis Fibre Internet service (4Mbps/6Mbps/10Mbps/30Mbps)?

Yes, you can choose to migrate to the new Home Fibre Internet package. The contract will be refreshed and restart for another 24 months.

Can I upgrade/downgrade from the current Maxis Fibre Internet service (10Mbps/20Mbps/30Mbps)?

Yes, you can upgrade from a lower speed plan to higher speed plan without any additional charge. Alternatively, you can also downgrade from a higher speed package to a lower speed package with a charge of RM50. The terms of your contract will continue.
----------------------
perghhhh.. 
lagi rasa tak sabor-sabor nak serang maxis center ni.

so sya punya plan:  nak request tukar package @ plan. kalau susah sangat, kita upgrade je. ambik 100 mbps. baru RM 129. 
(gigih susun ayat dalam kepala)

sampai je kat maxis center alamanda, sya pon start susun ayat.
"saya punya plan lama, plan baru sekarang..."
(baru nak membebel)
tak sempat habis ayat, staff tu terus tanya, "puan nak tukar ke plan baru?"

haaaaaa.. yes! that's it ! u read my mind bro. den nak plan yang baru tuuuu. 
hahhahahahhhhhahahhaa
ni dalam hati je la. haha

so, kita pendek kan cerita, akhirnya berjaya la tukar ke plan yang baru.
plan yang sama sebenanrnya, speed sama, harga je baru. tu yang penting. ngeee

staff tu cakap, dia akan submit semua, tapi kena tunggu dah approved dulu, then automatically sya akan follow (harga) plan yang baru.

lepas tu kitorang dapat tukar router baru sekali sebab router kitorang version lama. yang penting FOC. yeay !

hari selasa kitorang request untuk tukar plan maxis fibre kitorang tu, hari sabtu dapat notification

"You've updated your MaxisONE Home Broadband rate plan. Account XXXXX on 06/10/2018, 05:55."

double yeay.

so instead of bayar RM 189 sebulan, now bayar RM 89 je.

so pada siapa yang guna unifi @ maxis fibre tapi still harga lama, sila serang TM center @ maxis center berdekatan untuk tukar plan korang tu.

i is happy. hiks

sekarang tengah tunggu maxis rep call untuk set date nak pasang router. eee... tak sabar..!



ok bye.