In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Friday, June 23, 2017

Checked! Full episode andainya takdir.

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

siapa kat sini wall facebook penuh dengan update drama andainya takdir, angkat tangan !
hahahahahahaha

sya tertengok 2-3 episodes sebelum ni. best jugak cerita nya. tapi sya takde layan sangat. sebab kalau cerita episode ni payah sikit nak follow. kitorang ada macam-macam aktiviti malam-malam.

tapi sebab hot sangat cerita ni, sya pon terjebak sekali nak tengok ending.
walaupon baru tengok 2 episodes, tapi cerita ni senang nak faham. kita dah boleh tau the whole story nya macam mana.



petang semalam kawan sya share kat facebook pasal ending cerita ni (tak silap based on novel kan?)
ending dia tihah tu mati accident.
hokoloh. sya macam wt# mati gitu jek? cliche gila sya rasa.
buat ending mati, konon-konon laki tu esok2 insaf. big NO. tak best ending camtu!

malam tadi was the final episode andainya takdir. pukul 10 malam start, tapi pukul 10 tu sya dah start ngantuk. tak larat nak tengok. plus adam tengah layan cerita kartun apa ntah.
maka nya, pagi ni la baru kita tengok. hahahhahaha

oleh sebab sya dah get ready dengan ending tak best konon si tihah mati, tiba-tiba ending dia tihah tak mati, sooooo i would say i'm sooooo happy. hehehehhe

so yeay! sya suka ending dia. kesimpulannya, both kena muhasabah balik. 


ok, tu je nak cerita. hahahhaahahaha. siapa yang nak tengok final episode cerita andainya takdir ni, boleh tengok kat sini .

oh, dont worry kalau tak pernah layan or pernah tengok 1-2 episodes je (kita sama! haha), cerita ni tak perlu pon nak tengok dari awal untuk faham kan.

sya nak kena sambung buat kerja ni. boring nya kena kerja when everybody in the office dah bercuti. uwaaaaa

ok bye.



Thursday, June 15, 2017

Sushi King Ramadhan Buffet, Alamanda Putrajaya

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

good morninngggggggg!
harini sya lambat sikit update sebab baru lepas berdiscuss dengan akak bilik sebelah. hahahahahahaha.

ok, kalau sebelum ni share pasal recipes la apa, harini nak share pasal ramadhan buffet pulak. Mana la tau kot ada yang tak tau nak masak apa untuk menu berbuka, and plan nak gantung kuali. ha, jom try kat sini.

Sushi King Ramadhan Buffet.
hahahahahhaha. ingat kan apa la tadi kan..

OK, first kalau korang nak enjoy buffet sushi king ni, korang kena check dulu outlets mana yang ada, sebab bukan semua outlets offer ramadhan buffet.


nah, senarai outlet.



ni pulak harga ramadhan buffet kat sushi king.
harga ni tak termasuk gst and service charge.

please note that ada beza harga untuk member and non member.

untuk senarai menu yang available, boleh refer dekat website / facebook sushi king malaysia.

so, best ke ramadhan buffet sushi king ni?

ok, kita cerita sikit eh.

kena walk in booking. tak boleh book online, or via phone call.
boring kan? tapi most restaurants pon camtu..


sya request Z book kan dulu while sya siap-siap barang adam sume.
masa Z book ni, table semua dah penuh. so duduk la macm bar setting ni. 

dah nama pon buffet kan, so semua sushi atas belt tu korang boleh pilih je. so far syok sebab memang dorang refill cepat. takde la macam tertunggu-tunggu contoh nya - bila la inari boat nak lalu ni.
haa..takde macam tu. don't worry. pantas je.

buffet setting untuk bento/rice meal, sya tak ambik gambar sebab dia kat sebelah hujung. ada meja dorang susun semua rice meal atas tu.

untuk air pulak, ada 2 options - Honey Lemon Tea & Blackcurrant Lemon
sya suka honey lemon tea tu.
kalau nak sky juice, or air green tea (hot/cold) boleh request dengan waiter/waitress. nanti hantar.

ok, jom tengok apa sya makan.

round 1:

edamame tu favourite ustaz adam. wajib ada tu. hehe
untuk round 1, sya makan rice meal ni. sorry gambar tak berapa semenggah. hahaha
sya amik rice meal yakiniku. ni memang favourite la.
selalu kalau makan bento, kita pasrah je dengan portion beef, or ayam (tori karaage) or salmon tu kan, but bila buffet ni, boleh adjust ikot selera.
macam sya, semangkuk rice meal tu, sya makan dengan 3 plates tori karaage and yakiniku. puas hati betol. hahahahahhahahaha



yakiniku.
rice meal nya semangkuk je, tapi lauk-lauk yang banyak.
best la pada sya, sebab boleh customize ikut selera.


round 2: amik rice meal yang kedua pulak.
pastu macam biasa, customize lagi. hehehe


ebi fry nigiri
round 3: baru la sya makan sushi pulak.
tapi tak banyak la.. time ni dah start sengkak dah. hahahha
semalam sya tak makan sushi salmon langsung. sebab ntah. macam takde rasa pulak. huhu

pada yang minat salmon, don't worry, ada je salmon sushi tu ;)



dessert kitorang makan ice cream.
sya suka betul matcha ice cream ni.
kadang rasa nak beli letak kat rumah tapi tak tau kat mana nak cari,
ada idea tak kat mana nak beli ice cream matcha sedap?
huhuhuhu


refill matcha ice cream buat kali ke-sejuta.

kalau time biasa, payah sikit nak order matcha ice cream ni sebab dia cuma boleh add on kalau kita order bento.
so kalau pergi sushi king, sya mesti tanya Z, "nak bento tak?"
motif nya sebab nak tumpang add on ice cream je. hahahahaha
kalau Z taknak, sya macam alaaaaa....

so bila time buffet ni, memang heaven ah melayan ice cream.
adam pon tompang sekaki.

so, best tak buffet ramadhan sushi king?
pada sya best, although ada few benda / menu yang boleh di improve.

berbaloi tak?
kalau korang species makan macam kitorang, i would say memang berbaloi. hehe


ni yang sya sorang makan.

tak termasuk Z. kalau korang tengok Z punya plates, lagi puas hati.
hahahahahahahhaha

so kalau ada sesapa yang nak try sushi king buffet ramadhan; memang recommended la.

ok, tu je untuk harini.
jom sambung buat kerja.

ok bye!




Wednesday, June 14, 2017

nak potong bawang pon boleh jadi hal ke??

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

ok, tajuk over sangat kan.. huhu

sebenarnya ternampak kawan sya share kat facebook.
pasal cara potong bawang.
sebenarnya setiap masakan ada cara potong bawang dia.
macam sya, sya amalkan cara- ikut suka laaa nak potong camne pon. 
tapi kalau yang strict tu, dorang memang follow.
ada yang kata cara potong bawang ni mempengaruhi rasa masakan. 
mak aihhhhhh... gitu sekali. huhu



haa... ni haa....

menung kejap sya..
pasal sya tumis sayur potong separuh bulat.
sya masak sambal pulak potong bulat.
tak ke tunggang langgang, acanerr tuh.
hahahahahahahahahahahahhahahhahaha

tak kisah la. janji kena selera kita lakibinianakberanak, layaaaaannn...

tapi esok-esok kalau terigat, sya follow la style potong gini.
boleh?

ok, nak share tu je sebab baru ternampak tadi.

ok bye.


Tuesday, June 13, 2017

Resipi cendawan enoki goreng yang sangat senang, cepat and confirm sedap

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

hi semuaaaa. puasa tak? =)

lama tak update kan sebab busy campur penat. serious penat bulan puasa ni. tak tau la kenapa. pastu mengantuk je kat office sebab tak dapat coffee kan.. lagi satu bila dah masuk #teammakmak ni kena bangun prepare sahur bagai. ok, tu, next time kita sembang-sembang.

harini nak share recipe simple sebab sya baru buat. kebetulan ada cendawan enoki dalam peti ais. asal nya cendawan tu nak buat tomyam
tapi sebab tak jadi, kita tukar menu.

ni dia recipe cendawan enoki goreng yang super simple, senang gila, cepat kot, plus confirm menjadi dengan jaya nya.

---------------------------------------------

Recipe Cendawan Enoki Goreng senang gila.

bahan-bahan

1. cendawan enoki 1 / 2 packet
2. tepung goreng serbaguna (sya guna tepung goreng serbaguna bestari)
3. telur sebijik
4. serbuk pati ayam (separuh sudu kecik je sya letak)
5. blackpepper (optional)

tepung goreng serbaguna bestari.

cara-cara

1. potong akar cendawan enoki. pastu basuh bersih-bersih.
2. celup cendawan dalam telur, lepas tu salut dengan tepung tadi. 
ikut la style macam mana pon.
kalau kreatif nak buat sebatang-sebatang pon boleh.
sya tak berapa rajin, ambik segenggam, celop teros dalam telur, terus golek dalam tepung.
hahahahhaa
3. pastu goreng kan dalam minyak panas.

dah siap, angkat dan serve.


ni rupa cendawan enoki goreng sya.

don't judge the book by its cover.
nampak je macam tak semenggah lagi tak consistent, tapi rupa dia sedap ok.
hahahahhaha

yang kaler gelap tu bukan apa, tu yang last-last dah tu. minyak dah gelap sikit. hahaha
yang nampak macam tebal dari orang lain tu sebab sya nak habis kan tepung.
nampak tak kat situ, tak kisah cmne style pon, rasa dia tetap sedap.
(confident)

ok, yang ni wajib try taw.
kalau korang nak masak tapi macam lauk takde campur malas, korang masak cendawan enoki goreng ni je. makan ngan nasik panas. potong cili, letak kicap.
nak upgrade nampak semenggah sikit? standby sambal ikan bilis goreng.
fuhhhhh.. confirm hancur diet. hahahaha

ok, la. tu je untuk hari ni. 

dah ada idea nak masak apa untuk berbuka nanti?
=)



Friday, June 2, 2017

Kerajaan umumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 sempena Aildilfitri 2017

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

tadi ternampak kawan share yang kerajaan dah announce pasal Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri 2017 kepada penjawat awam satu malaysia.

-------------------------

SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017
Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.
Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.
Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.
Kementerian Kewangan
Putrajaya

2 Jun 2017

-------------------------



So tamat lah sudah persoalan pasal "bonus" raya tahun ni. hehehhe
pada sya, ok lah. syukur alhamdulillah.. lepas la nak pergi makan sedap-sedap.
nak beli baju kurung sepasang dua kat jalan tar tu pon boleh ni rasa nya. hehe

dulu masa awal-awal masuk government, menung jugak bila mengenangkan pasal bonus nih.
ye la.. duduk private bonus memang syok la kan.. berbulan-bulan dapat.
tapi kerja government pon syok jugak.
dapat ramai kawan =)


ok, lah. nak share tu je. harini nak masak apa eh untuk berbuka..

ok bye (dato aliff syukri)

Thursday, June 1, 2017

Resipi pasta bolognese yang super simple, cepat dan mudah. Idea menu berbuka.

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini kita share lagi menu berbuka puasa kot ada yang mencari idea nak masak apa untuk menu berbuka nanti.

ni menu yang simple sangat, sesuai kalau tengah tak berapa ada energy tapi kena masak jugak. hehehehe. yang penting nak prepare pon cepat. tak payah bersilat kat dapur.
sya suka masak pasta ni sebab tak payah spend masa lama. tapi sebab tekak kampung, seminggu sekali makan pasta pon sya rasa macam dah kerap sangat. kalau boleh nak nasik jugak!

jom sya share recipe pasta bolognese yang simple, senang dan cepat ni.

------------------------------

bahan-bahan

pasta (ikut la nak pasta apa pon)

4 ulas bawang putih (cincang/potong dadu)
1 biji bawang merah (cincang/potong dadu)
daging / ayam cincang
hot dog (optional)
tomato puree / sos bolognese prego
capsicum
oregano / italian herbs / blackpepper (ikot selera sendiri)
susu full cream / fresh milk (optional)
garam

cara-cara

rebus pasta. tos kan. then letak tepi pasta ni dulu.
boleh pilih nak guna spagheti ke, macarroni ke, spiral pasta ke, etc.

untuk kuah:
1. Mula-mula panas kan minyak sikit. nak guna olive oil boleh, nak guna minyak masak traditional tu pon boleh.
2. Tumis bawang merah and bawang putih yang dicincang.
3. Masukkan tomato puree @ sos prego bolognese. Kalau nak pedas, boleh tambah cili kering kisar dalam 1-2 sudu.
4. Masukkan oregano @ italian herbs @ blackpepper. Ni ikot selera masing-masing. Macam sya, sya masukkan tiga-tiga ni sekali. hehehehhee
5. Bila dah masak blup blup tu (hehe), masukkan hot dog and capsicum. capsicum ni depends, kalau suka rangup, tak payah masak lama sangat.
6. Masukkan susu full cream @ fresh milk. Ni kalau nak bagi rasa ada lemak-lemak gitu. Sya ikot mood. Macam kalini, sya masukkan sikit, Dalam setengah kotak susu full cream tu.
7. Masukkan garam. Gula tak payah la.. Kalau nak masuk jugak, masuk je la.. Takde sapa nak marah.

Settle, boleh serve.

------------------------------

 macam sya, sya suka pedas. so kalau bolognese ni, at least 2 sudu cili kering blender tu sya akan masukkan. OR, kalau malas nak masukkan cili kering (sebab malas nak tunggu cili tu masak), sya masukkan sos cili extra pedas. Sos ni memang kaw kaw dia punya pedas taw. Bukan macam sos cili biasa tu.

Lepas tu, yang lagi power, sya masukkan cili padi sekali. bhahahahahahha.


haa... cenggini lah rupa kuah bolognese sya.
fusion sangat dengan ada cili padi nya tuu.

capsicum untuk Z, cili padi untuk sya. hahahahahahaha



time ni sya masak pasta penne. penne ni sya beli brand apa ntah, punya la besar size dia. hahahahaha.
sebab spaghetti bolognese selalu sangat, tu yang try penne bolognese.
sama je rasa dia, rupa je lain.

ok, lah. tu je nak share.

so dah idea nak masak apa untuk berbuka nanti?

ok bye.