Assalamualaikum w.b.t.
Dear Diary
Tajuk nampak sangat noob bab-bab fashion hijabista! Hahahaha
Ya Allah.. asal pompuan zaman sekarang sume cantik-cantik ek? Kalau tengok kat instagram tu, budak sekolah cantik, budak kat universiti cantik, makcik-makcik cantik, pendek kata semua pon cantik la! Mencabar gila jadik perempuan zaman sekarang. Lagi-lagi kalau tak tau pakai shawl, anda tertinggal! Hahahaha. Takde kaitan!
Sya dah lama dah nak try fashion hijabista lilit-lilit nih. Lagi-lagi semenjak ter-record cerita Hijabista kat TV9 tu, makin membuak nafsu nak pakai lilit-lilit. Hahaha. Selama ni, niat tu ada, tapi tak confident. Sya pulak surrounded by manusia terlebih jujur. Member-member semua species kalau tak cantik ke apa, main nak bash jek! Hahaha. Tapi syukur la. Daripada surrounded by people hipokrit. ko buat salah pon kawan-kawan ko support siap doakan, better dapat yang jujur ye daaak?
Nak jadi cerita, haritu Sya try la pakai shawl lilit. Mashaallah susah gila! Dah tu asek nak senget jek. Bila sebelah tu terpanjang, lepas dah lilit tu ada lebih pulak. Kadang-kadang tengah lilit-lilit ter-pendek, lilit separoh kepala, pastu tak sampai nak pin kat depan. OK, takpaham takpe. Hahaha. Pendek kata memang susah la pakai shawl nih! Kalau pakai bawal tu, pejam mata dah siap. Nih mata dah terbeliak tapi tak menjadi jugak! Kagom dari jauh sape-sape yang pandai pakai shawl pastu kemas jek. Tapi Sya tak give up. Sya try jugak lilit-lilit sampai berpeluh-peluh dalam bilik. Last nya jadik la jugak.
So dengan bangga tapi tak berapa confident, Sya attend wedding pakai shawl. Feedback memberangsangkan! Ada yang bagi feedback positive tapi terpaksa censored kat sini pasal takot ada yang benci pulak baca. Hahaha. So Sya semangat nak move ke next level bab pakai shawl lilit-lilit nih. Sya pon on PC, beli shawl online! Hahahaha. Apa yang Sya beli?
1. Shawl Palestin
Pic google jek.
2. Shawl Glitter
Taktau nak panggil ape. Sya panggil glitter2 je la.
Source from shalws-house.
3. Shawl Halfmoon
Source from Hijabzone7
Ye.. Sya tau orang lain dah ber-abad dah pakai, Sya baru terhegeh nak beli. Tapi biar la. Chekgu cakap "Biar lambat asal selamat."
Pastu last week Sya cari Kiwi Kleen Fabric Starch tu sebab baca kat blog ada yang kata kalau pakai menda nih, shawl jadi senang bentuk. OK, sebagai insan innocent and over excited, weekend haritu Sya g Tesco nak carik bende nih!
Sya carik sampai ke tempat ayam/ikan, tapi tetap tak jumpa. Tapi sebab still excited nak pakai shawl, Sya beli la mende nih: Easy On Fabric Starch. Sama jek function tapi performance tak sure. Eceh!
OK, jangan terkejot pasni kalau Sya upload picture sambil hashtag #hijabista .
Hahahaha.
Kita jumpa kat Hijabista TV9 K.
Selamat ber-lilit.
*verrangaaannnnnnnn..*