In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Monday, December 15, 2014

Luahan Hati Mak-mak / Mommies (saya baru sedar)

Dear Diary

Assalamualaikum w.b.t

Sya nak share benda ni dari bulan lepas sebenarnya. Tapi asek lupa. Sebelum tu, Sya nak share satu status dari facebook. Status ni from kakak satu rumah ngan Sya time study dulu. 


OK, honestly, saya mewakili gadis-gadis bujang seluruh dunia, memohon ampun dan maaf sekiranya ada diantara kami yang melakukan aksi-aksi yang dinyatakan diatas. hoho 

Hehehe. Honestly, tak semua orang tahu or aware pasal ni especially orang-orang bujang macam Sya. Bukan semua k, some of us. Even Sya sendiri pon, kalau jalan-jalan suddenly nampak baby comel, memang Sya akan ter-attract nak tengok dekat sikit, hi-hi, acah-acah, dan aktiviti-aktiviti yang sewaktu dengannya. JARANG KITORANG DIRECT CONTACT MACAM PEGANG, DUKUNG, CUIT, etc tapi most of the time, kalau baby comel, memang kitorang akan approach la. Well, tengok pada parents jugak. Kalau parents muka ketat, stress semacam, memang jangan kata nak approach, nak tengok pon cuak.


OK, pasal issue keselamatan & hygiene or kebersihan. Ya Allah..serious Sya tak pernah terfikir. Ye la..kita mandi 2-3 kali sehari. Dress up bajet diva, tak kan la aku nak culik anak orang ye daaakk?? Tapi realiti nye zaman sekarang macam-macam kes ada! Tu kes human trafficking  yang asik keluar iklan kat tv tu, memang banyak sekarang. Kat China lagi pelek, culik baby pastu makan. Bayang kan, punya la berusaha nak dapat baby, jaga dalam perot 9bulan+, deliver baby bukan sikit punya sakit, alih-alih ada orang culik anak ko buat soup. Gile??!

Teringat dulu, Sya pergi meeting PIBG ke ape ntah, untuk adik lelaki Sya (bongsu), die duduk hostel, so jauh sikit la dari rumah. Sikit je pon. So Sya ikot pergi meeting. Pastu biasa la..time meeting mesti la jumpa ramai parents kan. Pastu ada 1 couple ni, anak dia dalam 3-4 orang. yang kecik tak ingat berapa bulan. Comel. Tembam. Mata bulat. Kakak dia umur dalam 8-9 tahun, dukung adik dia. Sya pegang-pegang je. Sekali kakak dia pass kat Sya "Nah kak.." Takkan nak reject?? Sya pon dukung la baby tu. Tengah main ngan baby tu, sekali perasan kakak dia dah hilang. Elok pulak time tu macam ada break untuk minum ke apa ntah, lagi pening! Sya dengan nak amik karipap lagi, dengan tangan nak pegang baby orang, pening pening..! Mak Sya dah bagi sign geleng-geleng kepala, means dia soh pulang balik! hoho

Nasib pastu jumpa parents dia tengah minum-minum. Mak dia punya la terkejot tengok baby dia kat Sya. Siap "eh?" sambil jeling kakak (anak) dia yang besar sikit tu. Pastu mak dia beria la say sorry, maybe dia tau yang Sya tak amik karipap lagi sebab dok pegang anak dia kan.. Wallahualam..

Tapi one thing yang pasti, jangan lah kita sesuka hati pegang-pegang, cuit-cuit anak orang regardless tahap ke-comelan anak orang tu. Yeee..tauu...memang kita mandi, pakai pefume wangi-wangi, hati suci, tapi makpak budak tu tak tau. Pastu jangan la request nak dukung ke apa. Pasal kita orang melayu nih nak reject kang kata sombong. Nak bagi, cuak pulak. Tak ke dilema tu? So, jangan..

OK, sekarang dah tau. Pasni kalau ada baby comel macam mana pun, Sya akan buat cool. Cool cool..

Tell me tell me! How can I stay cool?? 
credit: Lara Alana

P/S: Sya ada member yang meluah kan perasaan dia yang sangat annoying kalau orang main anak dia pastu bila baby tu dah meraung tak hingattt pastu pass balik kat dia. Errkk.. abes kalau baby nanges nak buat camne? See.. Dilema orang bujang..

Wednesday, December 10, 2014

Review : Water Crest Valley Cameron Highland (HUH!)

Dear Diary


Assalamualaikum w.b.t

Entry dah berbulan-bulan duduk dalam draft. Huhu. Kebetulan semalam sembang dengan member-member pasal Cameron Highlands. Actually Cameron Highlands ni antara tempat yang Sya selalu pergi kalau bosan. Sebab dekat dengan rumah. Kira kalau nak pergi Cameron nih, (kalau tak jemmmmmm) less than 1 hour dah boleh sampai kat Kea Farm tu. Hahaha. Kadang-kadang tu, kalau tetibe rasa macam nak makan scones ke, nak makan strobery-celopp-cokelett ke, Sya ajak adik siap-siap teros drive naik Cameron. Kadang-kadang gerak dari rumah dalam pukul 10 pagi, lepas asar tu drive turun balik rumah.

Pakcik Sya polis kat Cameron, so memang dah jadi aktiviti kitorang 2-3 menjak nih, tiap kali raya haji, mesti beraya kat Cameron. Fefeeling beraya kat oversea la pasal sejuuuuuuukkkk


OK, entry ni nak cerita pasal Water Crest Valley. Kira kalau kita drive naik atas, kita akan nampak water crest nih kat sebelah kiri. Dah lama plan nak singgah tapi tiap kali lalu, either dia tutup or time da dekat nak sampai tetibe rasa malas pulak. Huhu

Water Crest Valley ni Sya perasan ramai Chinese suka. Officemates pon ada jugak yang 2-3 kali datang situ. Masa Sya singgah haritu, Sya tak nampak sorang Malay pon makan kat dalam. (Sambil taip ni, tetibe ter-fikir kenapa tak try steamboat dia?? OK, nanti Sya try)

OK, nih Sya punya honest review.

Diorang ada kebun yang tanam watercress, strawberry, sayur-sayur lain. Nak masuk kena bayar RM1. Walaupon, singgit jek, tapi memandangkan Cameron ni penoh dengan ladang-ladang sayur kat kiri kanan, suddenly kena baya singgit, I was like "whatdee###??" Singgit je kan kan..tapi entah. Susah nak explain. Next..

Food standard cameron la.. Means kalau korang nak makan soup yang stok asal kauk jek jumpe ayam seketul, memang tak dapat la.. Dumpling pulak nak fefeeling kunyah filing banyak, memang tak la.. Tapi sayur memang fresh. (Susah nak define "fresh taste". Sya rasa cam lebih kurang je rasa cam mak masak. Mak sedap sikit kot. Pasal ada belacan. Sya takminat garlic) OK, Next..

Sya punya mix dried dates, adik Sya lak yang mix longan kot.. Ntah.

Refreshing watercress drink? Refreshing sangaaaaatt. Tiap kali masok mulut, terkemot-kemot nak telan. (bahasa apa ni??) Memang refreshing la! Kalau korang drive pastu ngantuk, boleh la minum air nih. Asal telan jek terbukak mata. Kalau baca dalam internet/review, macam gempak gile air watercress dia. Ada several options. Ada yang mix ngan longan, water chesnut, honey, dried dates, etc. Harga RM5 kot, tak ingat. Mahal la! Padahal pokok bawah kedai jek. Kalau kat Kampar jual air ni RM5 logic la pasal jauh kan.. Honestly, Sya taksuka air dia. Pahit. Blend taste. Pastu korang order la yg mix chesnut ke, mix dried dates ke, lebih kurang sama jek rasa semua. Owh..yang honey tu maybe better kot. Urghhhhhhhh


Kalau tak pernah try, pergi la try at least sekali. Sebab kat Cameron nih, rasanya dia sorang je kot yang jual watercress-based food ngan drinks nih. Pastu beli 1 je dulu air tu. Bagi member-member rasa sikit. Dah taw rasa dia, baru decide nak order lagi tak. Macam Sya, beli 3 teros. Semua duduk tong sampah. Mencik! Tapi kalau up to u'all punya liking, then boleh la pergi lagi. Lain orang lain selera kan..

Monday, December 8, 2014

Klinik Pergigian Bandar Baru Kampar

Dear Diary

Assalamualaikum w.b.t

Ini entry untuk diri sendiri and orang-orang Kampar.

AFAIC, dekat bumi Kampar yang kecik nih, cuma ada 3 klinik gigi je. My favourite is Klinik Pergigian Bandar Baru Kampar. Sya suka sangat clinic nih for three reasons:
  1. Service dia best. Dentist/Dr. tu buat dengan gentle nye.. Dr. suka share advices
  2. Ambience dalam clinic. Rasa macam welcoming gitew. Magazine banyak! Cleo, Female, Cosmopolitan, sume magazine ladiesss. Takde la boring kalau kene tunggu.
  3. The Dentist - Dr ensem & wangi! OK, ni actually the utmost reason laa. Hahahahahha. Guro2!
Clinic opens Mon - Sat : 9 am - 5 pm. Mon, Wed & Fri, dorang extend operating hours sampai pukul 9.30 pm.

Wajib buat appointment especially time hujung tahun sebab semua orang pon baru nak buat dental claim. Termasok la Sya! Huhu

Contact number : 05-466 3666

Tengok budak-budak yang buat appointment pasal braces, rasa macam nak pakai braces pulak. Cute pulak nengok orang pakai braces nih. Ngeeee



Notes : Entry ini adalah untuk diri sendiri sebab selalu lupa no. phone clinic pastu selalu confused hari apa yang bukak sampai malam. Dah hujung tahun nih, claim jangan tak claim!!

Tapikan.. tak tau kenapa. Bila nak jumpa dentist je, jantung mesti berdebar. Cuak gile! Padahal takat scalling, pastu nak beli colgate ke listerine ke ape, nak berdebar pemende nyee kan. huhu. Sebab tu la dentist ensem itu penting. Ok, xde kaitan!


Tuesday, December 2, 2014

Giant Kampar. Finallyy

Dear Diary


Assalamualaikum w.b.t

Kampar tengah havoc sekarang sebab Giant dah pon start its operation in Kampar (just 3 mins drive from Tesco Kampar. Hahaha)

Finally, yesterday (1hb December 2014), Giant officially starts beroperasi untuk orang-orang Kampar dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya untuk shopping, beli barang dapur, etc. Sya of course excited for 3 reasons. First, sebab now dah ada 1 lagi port baru nak beli barang-barang dapur. Second, mak dah boleh makan sizzling mee kt foodcourt giant tu. Sizzling mee kat foodcourt Tesco mak Sya geli sebab aritu staff dia kantoi buat apa ntah. malas nak cite kat sini. Sya bedal jek. Mak jek sensitippp bebeno. Takat korek gigi, tak basoh tangan teros selok mee, cakap sambil masak TAK pakai mask pastu hmm malas nak sebot, dan banyak aksi-aksi lain tu, biasa lah tu..kan..kan..kan.. (sambil taip sambil kembang tekak). Last reason- sebab my sister keje kat Giant Kampar tu. Well done mokmok!  Selame nih aku membebel sebab ko tak nak further degree kan, last nya ko dapat gak naek berkat ke-poyo-an ko yang takboleh lambat even 1 minute tu! Phuiii!! OK, so for these 3 reasons, sya pon excited la drove my car semata-mata nak jejak kaki kat Giant tu.

Tapi half way je. Then decided to patah balik. Cancel! Ramai gila umat...! Penohhh. Bak kata colleague Sya "tsunami manusia". Kereta jam sampai 2 traffic lights. Parking penoh sampai orang parking atas tanah kosong, masok sampai ke hutan sebelah. Belom campor ngan drama-drama macam tanah lecak, tayar kereta terbenam terpaksa call for bantuan, dan macam-macam lagik benda pelek yang jadik during the 1st day opening of Giant Kampar! Masyaallah.. hebat nya penangan Giant.. (mode:exaggerate

First day, sesak gile! jalan confirm bergesel! Taksanggop ah!!

So, harapan nak pegi time first day, punahh. Harini Sya pegi lagik! Saja cuba nasib. Alhamdulillah. Second day dah kurang orang. Parking pon ada. Or maybe sebab Sya datang time tu pukul 11 pg. Memang bukan peak hour la kan..

So saje amik picture sebab nak share kat member sebenarnya. Nak gitau Kampar dah ada Giant. Mesti nak kata "ala...Giant jek pon" Well, biar la! Kampar maju 2020!

Second day, 11 a.m., amannnn....

 Harap-harap staff kt foodcourt semua semenggah la.. Nak buat aksi pape pon, sila la dibelakang tabir.. Huhu

 Sejuuuuk mata tengok meja bersih, lantai berkilat, staff semua semenggah. Harap-harap kekal la for at least setahun lagik. Huhuhu

Mr DIY in Giant Kampar

Mr DIY nih Sya TAK berapa minat! Bukan apa, die macam berantu sikit. Masok takde motipp pon confirm bila keluar nanti bawak ber-plastic2 kat tangan! Sabar je la.. Kadang-kadang time tengah cuci mata dalam kedai tu bila ternampak barang-barang die, mesti macam: "eh, mende ni banyak gile function die" "nanti boleh la guna time bla bla" "haaa, benda nih la yang aku nak carik aritu" and banyak lagi suara-suara halussss yang haunting dalam kepala. Tapi bila dah beli, dah sampai umah, ade certain barang tu terperap je langsong tak guna. Berantu betol!

Uncle Jack in Giant Kampar
Ha, yang ni bagos. Sya suka karipap. Senang nak mengaripap nanti! Yeayy!!

Majulah Kampar untuk Negara!

Thursday, November 27, 2014

Etika telefon paling BASIC! [Telephone Etiquette]

Dear Diary


Assalamualaikum w.b.t

Sya cuba sehabis baik untuk tak masok kan langsung pasal kerja kat sini.
I will not talk about bosses, colleagues, customers, students, tak kisah la complaints ke, compliments ke, memang Sya TAK KAN share dalam blog. 

Tapi ni special case.
Sebab nih rasa nya is something to do dengan kehidupan kita diluar waktu kerja jugak.
Pasal etika bila cakap dalam phone.
Actually more to karenah-karenah manusia dalam phone la..


First, extension Sya ni memang paling active pasal dah kite bahagian user services kan.
Orang tertinggal barang pon call kite.
Pernah ada sekali tu ada uncle call, tanya pasal benda yang takde kaitan langsong. 


          Contoh Pelek (tapi cute) nombor 1:
Uncle A: Hello. Ini XXXX ke?
Sya : Yes, how can I help you?
Uncle A: Saya mau tanya, itu Econsave Kampar dekat mana ya?
Sya : Econsave? Uncle tau Muzium Bijih Timah? Econsave sebaris dengan muzium. Opposite OIC Cafe / Ghani Corner.
Uncle A: Itu Econsave lori boleh masok ka?
Sya : Tak sure la uncle. I drive haritu, pass by that area, tengok gate macam tak bukak je. I tak sure gate untuk lorry
Uncle A: Lori boleh masok ka? (repeat)
Sya : I tak sure la uncle..
Uncle A : Erkk..Aaa... (taktaw nak cakap ape tapi Sya taw Sya tak jawab ape yang die nak)
Sya : Belom boleh shopping lagi uncle.. Econsave belom bukak lagi
Uncle A: Owhh.. belom boleh shopping lagi ka? Owh OK2 Thank you amoii. Thank you. Thank you.
          Pelek nombor 2
Sya : Hello XXXX. How can I help you?
Caller B: Ms Yap!
Sya : Sorry?? How can I help you? (mula-mula takpaham. ape tu "misyap"??)Caller B: Ms Yap!
Sya : Do you want me to transfer your call to Ms Yap?
Caller B: Yes.
Sya : (dalam hati) APTB
          Pelek nombor 3
Phone berbunyik. Baru nak cakap hello, tetibe:
Sya: Hel..(TAK sempat cakap hello)Caller B : Syaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (insert suara paling nyaring, paling bergema dalam bumi Kampar)Sya : Laju-laju slow kan volume. Hari-hari camni boleh pekak dowh!
          Pelek nombor 4
Sya : Hello XXXX.
Caller C : Hello
Sya : Hi. How can I help you?
Caller C : Who's this???
Sya : Tarik napasss. Kasi coooool!
          Pelek nombor 5
Sya : Hello XXXX
Caller D: Hello is this XXXX?
Sya : Yes..? (malas nak cakap panjang)
Caller D: XXXX kan?
Sya : pause kejap. (dalam hati) kalau asik ulang XXXX, sampai bileeee la nak abes..!

Banyak lagi phone calls pelek-pelek.
Tu belom kalau yang call tapi cakap tersekat-sekat neves ke ape ntah, Sya pon tak tau. 

Call lepas tu cerita dok ulang-ulang macam pusing-pusing tang situ.

Kadang-kadang tu ada yang parents call on behalf of anak dorang.
Sya kalau parents yang call, nak reject dorang punya request tu memang tak sampai hati la.
Uhukkkk
Not fair taw main parents2 pulak budak-budak nih!
Huhu.

Ada yang call macam nak marah tapi bukan marah.
Memang species cakap macam marah.
Tak ke pelek???

Pape pon, Sya memang salute la kat people out there yang kerja kat call centre, yang kerja as receptionist, etc. Confirm phone calls lagi pelek dorang penah hadapp kan! Memang korang sabar gile la.. Kudos guys!

Sunday, November 16, 2014

Pizza Hut Jam-Packed Pizza

Assalamualaikum w.b.t.

Dear Diary

Harini happy for 3 reasons. First, sebab puas hati rest kat rumah. Tido-makan-solat-tido. Camtu la cycle harini. 

Second, sebab harini berjaya beli few barang dalam to-buy-list. Plus, harga murah lak tu. Settle few parts. Yang tak beli lagi tu, next weekend lak sambung.

Third, sebab dah rasa Pizza Hut Jam-Packed Pizza. Nak pegi dari last week tapi asek tak sempat. Busy la konon..

Ni kalau picture dalam website / ads PizzaHut

Dalam picture, macam style gile. Rasa macam pizza time valentine. Nampak cantik and nampak sedap gile. Sya ajak adik Sya teman time tu. Dia pon excited bila tengok pic Pizza nih. So kitorang pon order la dengan excited nye!

Bila sampai je pizza tu, speechless!


Picture takde edit. Hehehe. Sya expect sebijik dalam gambar, bila sampai camni, Sya blurr teros. 

Tapi don't judge the book by its cover.. Rupa tak cantik tapi rasa not bad. Sedap gak la.. Best sebab pizza dia macam stuffed crust tu. Worth jugak la. Sape yang tak try lagi tu, sila cuba. Tapi expectation tu jangan high sangat lagi- lagi part presentation dia! Hehehe. Sya kalau pizza hut ni suka pasta actually. Sebab sedap and paling penting sebab murah. 

Harga: A'la carte (reg) RM30.90, (large) RM40.90.

Tuesday, October 28, 2014

Preparation. Nak practice pakai shawl

Assalamualaikum w.b.t.


Dear Diary

Tajuk nampak sangat noob bab-bab fashion hijabista! Hahahaha

Ya Allah.. asal pompuan zaman sekarang sume cantik-cantik ek? Kalau tengok kat instagram tu, budak sekolah cantik, budak kat universiti cantik, makcik-makcik cantik, pendek kata semua pon cantik la! Mencabar gila jadik perempuan zaman sekarang. Lagi-lagi kalau tak tau pakai shawl, anda tertinggal! Hahahaha. Takde kaitan!

Sya dah lama dah nak try fashion hijabista lilit-lilit nih. Lagi-lagi semenjak ter-record cerita Hijabista kat TV9 tu, makin membuak nafsu nak pakai lilit-lilit. Hahaha. Selama ni, niat tu ada, tapi tak confident. Sya pulak surrounded by manusia terlebih jujur. Member-member semua species kalau tak cantik ke apa, main nak bash jek! Hahaha. Tapi syukur la. Daripada surrounded by people hipokrit. ko buat salah pon kawan-kawan ko support siap doakan, better dapat yang jujur ye daaak?

Nak jadi cerita, haritu Sya try la pakai shawl lilit. Mashaallah susah gila! Dah tu asek nak senget jek. Bila sebelah tu terpanjang, lepas dah lilit tu ada lebih pulak. Kadang-kadang tengah lilit-lilit ter-pendek, lilit separoh kepala, pastu tak sampai nak pin kat depan. OK, takpaham takpe. Hahaha. Pendek kata memang susah la pakai shawl nih! Kalau pakai bawal tu, pejam mata dah siap. Nih mata dah terbeliak tapi tak menjadi jugak! Kagom dari jauh sape-sape yang pandai pakai shawl pastu kemas jek. Tapi Sya tak give up. Sya try jugak lilit-lilit sampai berpeluh-peluh dalam bilik. Last nya jadik la jugak.

So dengan bangga tapi tak berapa confident, Sya attend wedding pakai shawl. Feedback memberangsangkan! Ada yang bagi feedback positive tapi terpaksa censored kat sini pasal takot ada yang benci pulak baca. Hahaha. So Sya semangat nak move ke next level bab pakai shawl lilit-lilit nih. Sya pon on PC, beli shawl online! Hahahaha. Apa yang Sya beli?

1. Shawl Palestin
Pic google jek.

2. Shawl Glitter
Taktau nak panggil ape. Sya panggil glitter2 je la
Source from shalws-house.

3. Shawl Halfmoon
Source from Hijabzone7

Ye.. Sya tau orang lain dah ber-abad dah pakai, Sya baru terhegeh nak beli. Tapi biar la. Chekgu cakap "Biar lambat asal selamat."

Pastu last week Sya cari Kiwi Kleen Fabric Starch tu sebab baca kat blog ada yang kata kalau pakai menda nih, shawl jadi senang bentuk. OK, sebagai insan innocent and over excited, weekend haritu Sya g Tesco nak carik bende nih!
Sya carik sampai ke tempat ayam/ikan, tapi tetap tak jumpa. Tapi sebab still excited nak pakai shawl, Sya beli la mende nih: Easy On Fabric Starch. Sama jek function tapi performance tak sure. Eceh!


OK, jangan terkejot pasni kalau Sya upload picture sambil hashtag #hijabista .
Hahahaha.
Kita jumpa kat Hijabista TV9 K.
Selamat ber-lilit.
*verrangaaannnnnnnn..*

Friday, September 19, 2014

Dulu benci gile!

Dear Diary


Orang pernah cakap jangan benci kat sesuatu tu, nanti suka. Ha, jadik kat Sya la..!!

Sya species tak minat sangat lagu-lagu melayu (ala..radio pon bukan play sangat lagu melayu. banyak lagu indon je..)

Pastu dulu pernah la ter-nyampah kat Najwa Latipp nih (amponnn dikkk). Sebab rase die pelek, pastu suke pakai pelek-pelek. Pastu kan.. nak jadi kan cite.. Sya went through tough time since few weeks ago, So kepala tengah serabut. Sya asik tukar playlist dalam walkman. Mula-mula playlist penuh lagu sedih-sedih, heartbroken la, bla bla.. Pastu da puas dengar lagu sedih-sedih, tukar lagu kasi up mood. Lagu nak inspire to move on. Lagu-lagu girls' power, lagu menyumpah orang, etc.. Pastu, ntah camne boleh tersesat, termasok satu lagu Najwa Latipp nih. Tajuk dia AdaMu (the only lagu melayu dalam playlist time tu)

Somehow rasa cool je bila dengar..

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Sejukkk sikit dengar lagu nih. OK, sekarang Sya kipas-susah-mati (die hard fan) Najwa Latippp. Aippp, sape kutuk Najwa Latipp, Sya rotan!! Hahaha


Tuesday, September 2, 2014

Private sementara waktu utk remove entries tak berkaitan

Saturday, August 30, 2014

Istikharah


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

"Lelaki yang jahat, jodoh nya perempuan yang jahat, Lelaki yang baik, jodoh nya perempuan yang baik"



Ya Allah, Sya bukan maksum, banyak weaknesses, banyak nak improve. Tapi pertemukan la dengan jodoh yang baik.. Amin..

Saturday, February 8, 2014

Thank you so much my dear friends, bloggers!!

Dear Diary


Assalamualaikum w.b.t

Tarik nafas...fuhh

Lama jugak blog ni kena peram. Thanks pada yang concern, yang contact Sya thru email, yang pm Sya kat facebook, yang call and message pon ada. Tak sangka although kita kenal dalam dunia blog ni, tapi boleh keep in touch kan kan..

Thanks a lot. Appreciate all ur concerns. Yang bagi support suruh Sya jangan sedih tu, I terharu sangat uolls..

My humble thanks to all of you.

Regards,
SYA

p/s: Ada yang remove Sya dari blog list ke? Add balik, tak kira!!! Hahahahahaha