Dear Diary,
Lame gile tak update blog. Progress takde nak update ape kan?? Sya stop dulu wedding progress. Maybe July baru sambung. Sebab June definitely will be a hectic month sebab ada few things nak kena settle.
OK, ni saja nak share cerita and nak bagi cuci mata sket. Sya selalu jugak dapat email, message (mula-mula Sya pelek. camne pulak boleh dapat no hp nih. Then baru teringat pasal ads
sewa baju tunang. Hehehehe)
Sya received banyak requests sebenarnya pasal lace and tailor. Ada yang mintak tolong belikan, carikan, check kan harga, macam-macam la. So far Insyaallah tak pernah lagi Sya reject. Cuma kalaw yang request Sya tanya harga ngan tailor, yang tu Sya memang tak boleh nak jawab la. Sebab rasa nya better tanya sendiri. Tapi takpe, orang kata malu bertanya sesat jalan kan... (Sya la tu.. Malu nak tanya orang sampai ter-bagi undi rosak time PRU13 aritu. Iskk2)
Dalam ramai-ramai yang request. Dewi (kalau dewi baca entry nih, hope u don't mind that I share here) antara yang paling comel! Hehehehe. Tersangat la polite. Sayu hati baca. Hehehehehee
OK, malas nak cerita panjang. So activity weekend aritu Sya survey kain lace warna putih as requested. Nak tengok pictures??
White Lace Type 1: RM35 per meter
Yang ni Sya survey kat satu kedai je. Tak larat nak pegi next kedai sebab nya kebetulan haritu tersangat la panas.. (Eh. skang panas gile kan? Malam-malam tido pon panas. Aircond 24 hour bukak. Masaaakkk la nak baya bill letrik bulan nih)
White Lace Type 1
Sya cam suka lak lace ni. Sebab lembut tapi bunga die timbul. Tapi da plan takmo pakai lace untuk baju nikah. Camne nih??? Dilema la..
White Lace Type 2 : RM25 per meter
Yang ni sebijik cam
baju tunang Sya aritu. Tetiba lak Sya dapat idea. Idea apa? Haa...tu kena tunggu Sya check budget dulu. No budget no talk. (
Sedihh..tetibe! Hahaha)
White Lace Type 2
Sya nak amik gambar nyonya tu pon sebok nak goyang-goyang kan lace tu. Dia budget cam membantu Sya.
Siap cakap "hmm..OK? OK??" (asking whether what she did will make it (the lace) looks better in pic)
Sya pulak dalam hati "Could you please stop doing that"
tapi yang keluar kat mulot "OK. OK.". Ceh!
Kalau ada yang interested especially those from Perak, boleh la datang ke Kampar (Cewahh! boleh jadi Duta pelancongan Kampar nih) Sebab kalau korang beli banyak rasanya boleh nego lagi. Tapi kalau setakat nak 2 meter, 3 meter, better La pegi je kat Jackel ke apa. Tak berbaloi. Kampar sangat la panassss (tetibe downgrade Kampar. Apekahhh??? Hahaha)
Ok, sekian update untuk dis week. Ngeeeeee =)